26 Oct 2008

Foto-foto di Bernama Radio


Untuk lebih banyak foto yang menggegarkan, sila ke FaceBook dan "search" untuk "Uthaya Sankar". Mesti jumpa!

25 Oct 2008

11 Tahun Kemudian ...








Ini foto Ayya & Acha tahun 1997.









Ini pula foto Ayya & Acha ... 11 tahun kemudian.





Dapatkan lebih banyak foto Ayya pada majlis konvokesyen (25 Oktober 2009) di Facebook -- lakukan carian "Uthaya Sankar" atau "Ganesan Ayya".

21 Oct 2008

Santai Famili Khas di Bernama Radio24

.
Dalam pada umat Islam masih meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri sepanjang bulan Syawal, kaum India pula menyambut Deepavali atau “Pesta Cahaya” pada Isnin, 27 Oktober ini.


Ceriakan suasana sambutan Deepa-Raya ini bersama-sama Bernama Radio24.


Kenali pelbagai aspek budaya masyarakat India melalui slot “Santai Famili Khas” bersama Uthaya Sankar SB pada Sabtu, 25 Oktober, 9:15 pagi hingga 12:00 tengah hari.


Para pendengar Bernama Radio24 juga dipelawa mengirim maklumat berkaitan budaya kaum India melalui e-mel ke: uthaya@radio24.com.my untuk dikongsikan bersama.


Pada Ahad, 26 Oktober, 9:15 pagi hingga 12:00 tengah hari, sertai Wan Syahrina dan Uthaya Sankar SB sekali lagi dalam rancangan khas “Deepavali di Bernama Radio24”.


Bersama-sama beberapa tokoh untuk mengimbau kenangan kemeriahan sambutan Deepavali pada masa lalu dan masa kini.


Para pendengar Bernama Radio24 juga boleh mengirim e-mel berupa ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali ke alamat: ucapan@radio24.com.my sebelum 25 Oktober ini.


Ucapan Deepa-Raya juga boleh dikirim melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 26 dan 27 Oktober, dengan menaip R24 nama anda, nama penerima dan ucapan Deepa-Raya. Hantarkan ke 32728.


Keutamaan menghantar SMS akan diberikan kepada Sahabat Bernama Radio24.


Untuk mendaftar sebagai Sahabat Bernama Radio24 – caranya mudah sahaja – taipkan R24 taip DAFTAR taip nama saudara dan hantarkan ke 32728


Siaran Bernama Radio24 boleh didengar melalui frekuensi 93.9FM di sekitar Lembah Klang; dan melalui laman sesawang www.radio24.com.my di seluruh dunia.

20 Oct 2008

Datuk Rani Mukarjee


Belum reda lagi kisah mengenai bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang menerima bintang Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran "Datuk", kini seorang lagi pelakon popular India, Rani Mukarjee dilihat akan membantu usaha mempromosi negeri Terengganu.

Keindahan dan keunikan negeri Terengganu dijangka dipromosi ke seluruh dunia apabila sebuah syarikat Bollywood berhasrat membuat penggambaran filem di negeri itu, Mac depan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said dilaporkan berkata, penerbit dan pengarah syarikat filem berkenaan berkunjung ke Terengganu baru-baru ini untuk meninjau lokasi menarik seperti Tasik Kenyir, Tanjung Jara, Pulau Redang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Pulau Duyong.

Syarikat filem berkenaan ingin mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Terengganu bagi membuat penggambaran di tempat-tempat menarik di negeri berkenaan.

Filem yang masih belum mempunyai judul dan memakan masa penggambaran antara 40 dan 60 hari itu, mengisahkan mengenai pasangan suami-isteri yang berbulan madu di Terengganu.

Rani Mukarjee memegang watak isteri; manakala watak suami belum diputuskan.

Tahun lalu, sebuah syarikat filem dari negara China telah membuat penggambaran siri drama di Pulau Perhentian, yang diiktiraf sebagai antara pulau yang terindah di dunia.

Beberapa tahun lalu, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filem bertajuk "One Two Ka Four".

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam baru-baru ini berkata, salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah.
.
Jutaan orang yang menonton filem itu di seluruh dunia telah mengenali Melaka; sehingga memungkinkan Shah Rukh Khan layak menerima bintang Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran "Datuk".

9 Oct 2008

Baca Cerpen Rudra Avatara

.
Baca Cerpen Rudra Avatara akan berlangsung pada Sabtu, 1 November 2008 di Perpustakaan Negara Malaysia.
.
Orang ramai diundang menjadi peserta atau penonton aktiviti sastera anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia.
.
.
Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.

5 Oct 2008

Deepavali di Bernama Radio24

.
Ceriakan sambutan pesta cahaya Deepavali bersama Bernama Radio24.

Kirimkan ucapan Deepavali yang penuh kreatif menggunakan Bahasa Malaysia ke alamat e-mel ucapan@radio24.com.my supaya sampai pada atau sebelum 25 Oktober 2008.

E-mel yang sesuai akan dibacakan oleh Wan Syahrina dan Uthaya Sankar SB dalam rancangan khas “Deepavali di Bernama Radio24” yang dijangka akan bersiaran dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari pada Ahad, 26 Oktober 2008.
.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Bernama Radio24 adalah “stesen radio berita” yang siarannya boleh didengar melalui frekuensi 93.9FM di sekitar Lembah Klang dan di laman sesawang www.radio24.com.my di seluruh dunia.

2 Oct 2008

Ucapan Deepavali di Bernama Radio24

Jadikan sambutan Deepavali kali ini lebih meriah!

Buktikan kuasa di tangan masyarakat pelbagai kaum!

Sampaikan ucapan Deepavali melalui Bernama Radio24 menjelang perayaan cahaya ini.

Bernama Radio24 boleh didengar melalui frekuensi 93.9FM di Lembah Klang atau melalui laman sesawang www.radio24.com.my dari seluruh dunia!

Deepavali kali ini disambut pada 27 Oktober 2007.

Tetapi jangan tunggu sehingga saat akhir untuk menyampaikan ucapan.

Anda boleh mengirim ucapan menggunakan BAHASA MALAYSIA melalui e-mel ke alamat ucapan@radio24.com.my mulai 7 Oktober 2008.

Nantikan maklumat lanjut dalam masa terdekat.