2 Sept 2021

Pengantar Kumpulan Esei 2022

Saya sentiasa berusaha memasukkan pandangan rakan-rakan pada bahagian “Pengantar” buku. Sepertimana saya tegaskan di The Edge (12 April 2021), “I don’t consider anyone as my fan” kerana sesiapa yang membaca karya saya adalah rakan (“friend”).

Projek buku saya untuk tahun 2022 ialah sebuah kumpulan esei — baca di sini.

Bagi menambah nilai buku berkenaan, saya mahu memasukkan pandangan ikhlas rakan-rakan pada bahagian “Pengantar”. 

Memandangkan buku ini sebuah kumpulan esei, pandangan rakan-rakan perlulah berkaitan dengan esei, rencana, makalah, artikel, dan kritikan yang saya tulis.

Esei saya terkandung dalam buku Malaiur Manikam (2015) dan Mandala Bicara (2016), selain tersiar di akhbar, majalah, dan portal dalam talian sejak tahun 1990-an.

Sila [klik di sini] untuk senarai topik esei dalam buku baharu.

Sebagai rakan yang pernah membaca esei-esei saya, anda dengan penuh takzim dipelawa mengirim komen ringkas untuk dimuatkan dalam buku baharu itu nanti.

 

1. Komen atau pandangan anda tentang esei-esei saya secara umum.

2. Jangan mengulas mana-mana esei secara khusus!

3. Jangan beri komen tentang karya kreatif (cerpen, novel).

4. Minimum 20 perkataan dan maksimum 50 perkataan.

5. Komen ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.

6. Hantar ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya).

7. Perlu disertakan nama dan tempat tinggal (bandar & negeri).

8. Setiap orang hanya boleh mengirim satu komen. Tidak boleh ganti/tukar dengan komen baharu.

9. Komen terpilih akan disunting sebelum dimasukkan dalam buku.

10. Komen atau pandangan juga akan dikongsi di media sosial bagi tujuan promosi.

11. Tarikh tutup: 25 November 2021 (9:00 malam). 

 

Sila hubungi saya [Uthaya Sankar SB] menerusi WhatsApp 011–11411952 sebelum 25 November 2021 jika ada sebarang pertanyaan berhubung “Pengantar” ini.