“Pada masa kini, penggunaan Bahasa Malaysia secara betul
dan tepat semacam menjadi sesuatu yang asing. Malah, sekiranya seseorang menggunakan
bahasa yang betul dalam pertuturan harian, dia mungkin akan dipersenda.
“Uthaya Sankar SB yang saya
kenali sejak sekolah rendah bukan sahaja memartabatkan Bahasa Malaysia menerusi
karya beliau, malah tegas dalam mengekalkan prinsip sama di media sosial.
“Hasil karya beliau adalah antara bahan bacaan yang perlu
dihargai. Penulisan Uthaya amat mudah difahami dan beliau ketara mengangkat
subjek masyarakat sekeliling yang sering kita abaikan.
“Saya amat menyarankan supaya buku-buku Uthaya ditempatkan
di setiap perpustakaan sekolah di seluruh negara bagi memupuk persefahaman dan keharmonian
dalam kalangan generasi muda.”
S. Ghanthimathi
Pegawai Teknologi Makanan