Orang ramai yang sudah berpeluang mendengar Rakaman
Audio Baca Cerpen dipelawa mengemukakan komen atau ulasan
ringkas untuk dipaparkan di Facebook dan blog.
Komen atau ulasan perlulah ikhlas, serta dikemukakan hanya
selepas mendengar cerpen dalam bentuk rakaman audio. Panjang sekitar 10–20 perkataan sahaja, dan menggunakan
Bahasa Malaysia yang mudah difahami.
Format komen adalah seperti berikut:
“Komen atau ulasan sepanjang 10–20
perkataan.” – Nama Anda (Bandar, Negeri)
Komen atau ulasan boleh dikirim menerusi mesej peribadi di Facebook (Messenger), WhatsApp atau
e-mel uthayasb@yahoo.com.my [jangan
lupa .my].
Anda diminta mengemukakan komen atau ulasan berdasarkan salah satu cerpen, bukan secara keseluruhan bagi kesemua 8 cerpen. Kalau anda suka 4 rakaman audio bacaan cerpen, misalnya, maka anda boleh kirim 4 ulasan/komen berbeza.
Jangan lupa nyatakan judul cerpen yang sedang diulas. Tetapi
tolong jangan tulis sinopsis atau
ringkasan cerita!
Jangan hanya kata anda suka sesebuah cerpen, tetapi nyatakan
mengapa anda menyukainya.
Contoh [rekaan
sahaja!] komen dan ulasan:
“Cerpen ‘Sebuah Cerita Biasa’ membuatkan
saya boleh membayangkan situasi cerita yang digambarkan. Ia umpama sebuah
filem.” – Kandan Vasudevan (Raub, Pahang)
“Anak-anak saya suka mendengar
cerpen ‘Jangan Pandang Sang Bulan’ kerana watak Thaata (Datuk) amat melucukan!”
– M. Gunavathy (Bagan Serai, Perak)
“Cerpen ‘Anjing’ sungguh menyentuh
jiwa dan mendebarkan. Cerita ini menggambarkan realiti hidup manusia.” – Lee Meng
Kuan (Seremban, Negeri Sembilan)
“Gaya pembacaan serta muzik latar
membuatkan cerpen ‘Bapaku Sasterawan’ benar-benar berkesan. Apatah lagi apabila
didengar sambil memandu kereta.” – Nur Hidayah Ramlee (Arau, Perlis)
Harap maklum bahawa ulasan atau komen anda adalah bagi bacaan
cerpen dalam versi rakaman audio, bukan
mengenai cerpen dalam bentuk cetakan (buku).
Komen oleh: [Anuradha Chelliah] - [M. Mahendran] - [Janarthani Arumugam]
Komen oleh: [Anuradha Chelliah] - [M. Mahendran] - [Janarthani Arumugam]