11 Mar 2017

Sumbangan Untuk Kelas Malam


Sumbangan ikhlas diperlukan untuk membantu pelajaran kanak-kanak dan remaja.

Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping dimulakan pada Jun 2016. Pelbagai aktiviti dianjurkan secara bulanan dalam usaha memperkasakan komuniti akar umbi di Aulong Lama, Aulong, Tekkah dan sekitarnya.

Mulai Januari 2017, Kelas Malam dikendalikan pada setiap hari Isnin, 7:00 – 9:00 malam, untuk memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja (murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah) belajar bersama-sama dengan memanfaatkan ruang belajar di Dewan Sangam.

Kini, sumbangan ikhlas diperlukan untuk mencapai sasaran Kelas Malam. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut. Harap sudi juga berkongsi dengan sesiapa yang mungkin terbuka hati untuk membantu.