Baru-baru ini, timbul isu pemaparan “Bukan Islam” sebagai
agama pada slip peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). [Baca juga
“Bukan Islam? Belum Islam?”]
LP dalam kenyataan media bertarikh 14 Jun 2016 mengatakan
bahawa amalan menulis “Bukan Islam” pada slip peperiksaan bagi calon “Bukan
Melayu” yang menduduki peperiksaan dilaksanakan sejak 2005.
“Pihak LP bersedia mempertimbang untuk melaksanakan
perubahan dan penambahbaikan paparan pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan SPMU
yang akan datang setelah mendapat persetujuan Pengurusan Tertinggi KPM,” kata
kenyataan itu.
Pada pendapat saya [Uthaya Sankar SB], pandangan orang
ramai perlu diberikan perhatian serius sebelum Pengurusan Tertinggi KPM dan LP
mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera.
Paparan berkenaan perkara ini di Facebook pada 15 Jun 2016 mendapat
reaksi positif masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Bagi memudahkan proses, orang ramai boleh mengemukakan
pendangan dengan [MENGISI BORANG INI]. Tarikh tutup: 16 Jun 2016 (Khamis), tepat 12:00 tengah hari.
Maklumat nama penuh,
alamat e-mel dan nombor telefon adalah wajib; sementara tiga pilihan yang
diberikan adalah:
(1) Kekalkan “Bukan Islam” sebagai
agama pada slip peperiksaan bagi calon Bukan Melayu. Tiada sebarang masalah.
(2) Nyatakan agama sebenar (misalnya
“Hindu”, “Kristian”, “Buddha”, “Sikh” dan “Islam”) pada slip peperiksaan bagi
semua calon. Barulah adil.
(3) Mansuhkan terus pemaparan agama pada slip peperiksaan semua calon.
Tidak timbul keperluan untuk menyatakan agama dalam konteks peperiksaan. Alasan
kononnya pemaparan “Islam” dan “Bukan Islam” adalah bagi memastikan kertas
soalan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak tersilap diberikan kepada
calon adalah amat tidak logik dan tidak boleh diterima akal rasional.
Sekiranya mendapat lebih seratus (100) borang/pandangan,
maka saya akan mengambil tindakan seterusnya; termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
(1) Menulis
mengenai pandangan orang ramai di blog dan media sosial.
(2) Menulis
kenyataan media mengenai pandangan orang ramai dalam isu ini.
(3) Menghubungi wartawan
untuk menyiarkan perkara ini di media.
(4) Mengirim
surat rasmi mengenai pandangan orang ramai berhubung isu ini kepada Lembaga
Peperiksaan (LP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Maka,
sokongan masyarakat pelbagai kaum dan agama amat diperlukan. [SILA ISI BORANG DI SINI] Harap maklum
bahawa hanya borang yang lengkap akan dilayan. Peluang bersuara dibuka sehingga
16 Jun 2016 (Khamis), tepat 12:00 tengah
hari. Borang tidak dapat diakses selepas itu.
Nota: Sehingga 16 Jun 2016, pukul 12:00 tengah hari, sejumlah 565 borang sudah diterima, disemak, disaring dan disahkan asli. [BACA KENYATAAN MEDIA DI SINI] [BACA RENCANA DI ROKETKINI]
Nota: Sehingga 16 Jun 2016, pukul 12:00 tengah hari, sejumlah 565 borang sudah diterima, disemak, disaring dan disahkan asli. [BACA KENYATAAN MEDIA DI SINI] [BACA RENCANA DI ROKETKINI]