20 Oct 2014

Pak Samad dan Modal Sosial

Sekitar 70 daripada hampir 95 lukisan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) yang dipamerkan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 3-5 Oktober 2014 sudah dibeli orang.
 
Kejayaan ini pasti sahaja sesuatu yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa seniman masih boleh mencari makan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada agensi kerajaan, politikus dan pemerintah.
 
Sewaktu menghadiri majlis perasmian pameran berkenaan, saya dapat perhatikan sendiri bagaimana gagasan serta pendekatan modal sosial (social capital) memainkan peranan secara langsung tetapi tanpa disedari.
 
Pameran berkenaan anjuran bersama KLSCAH, Pertubuhan Ikram Malaysia dan Yayasan Tamil, serta bertujuan menjana pendapatan bagi Pak Samad dengan menjual sebahagian hasil seni beliau.
 
Sekadar imbasan, pada 29 Jun 2010, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (waktu itu), Datuk Seri Dr Rais Yatim meluahkan kehairanan berhubung apa yang dikehendaki oleh Pak Samad “setelah terlalu banyak dibelanjakan oleh kerajaan untuk memperoleh bahan atau artifak seni budaya”.
 
Dalam berita bertajuk “Apa lagi yang Pak Samad mahu – Rais”, menteri berkenaan dilaporkan menyindir kononnya kementeriannya sudah banyak membeli buku-buku hasil karya sasterawan berkenaan.
 
Menjawab pertanyaan itu, Pak Samad mengulas bahawa kata-kata Rais memberikan gambaran seolah-olah beliau diberi wang oleh kerajaan secara begitu sahaja.
 
“Itu yang saya tidak dapat terima. Saya telah menyerahkan khazanah yang saya kumpul lebih 50 tahun tetapi itu hak saya dan saya tidak terhutang kepada siapa-siapa. Pengumuman itu (oleh Rais) seolah-olah membayangkan bahawasanya saya terhutang, atau saya tidak sedar diri saya telah diberikan RM485 ribu.
 
“Saya ingin betulkan itu. Saya tidak diberi RM485 ribu, sebaliknya saya menjual khazanah saya dan kebetulan saya ingin menjual ke sana,” katanya dalam suatu wawancara khas yang disiarkan di Harakah.
 
[Makalah ini ditulis pada 16 Oktober 2014 dan disiarkan di The Malay Mail Online pada 20 Oktober 2014. Sila KLIK DI SINI untuk membaca makalah penuh. © Uthaya Sankar SB 2014. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan di Blog Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]