18 May 2014

Buku MAIS Boleh Undang Murtad

Islam adalah indah. Islam adalah mudah. Islam menggalakkan salam (keamanan). Itu antara perkara paling asas yang diketahui dan diakui oleh semua pada peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, nampak gayanya, keadaan sedikit berbeza dalam konteks di Malaysia kerana sentiasa ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencemarkan kesucian dan keindahan Islam dengan memanipulasi nama Islam itu sendiri.

Dalam perkembangan terkini – dan masih hangat – adalah isu “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 6 Mei 2014.

Seperti yang saya tegaskan dalam laporan polis pada 8 Mei 2014, sebagai pengamal multifaith (percaya pada ajaran semua agama), saya membidas kandungan seminar itu yang dijadikan platform mempersenda ajaran Kristian dan penganut Kristian secara keseluruhan.

Apabila saya berpeluang membaca buku Pendedahan Agenda Kristian (2014) terbitan MAIS, perasaan saya amat terganggu. 
Seperti yang saya nyatakan dalam makalah bertajuk “Benarkah ini agenda Kristian?” (Projek Dialog, 16 Mei 2014), saya berjaya mendapatkan senaskhah buku itu pada 15 Mei 2014 dan terus membacanya dengan penuh teliti.

Perasaan saya terganggu bukan sahaja kerana buku itu berciri anti-Kristian serta boleh diklasifikasikan sebagai bahan bacaan berunsur fitnah terhadap ajaran Kristian dan penganut Kristian.

Selain daripada itu, saya terasa amat bimbang kerana buku itu khabarnya telah diedarkan secara percuma kepada peserta – majoriti Melayu-Islam – yang menghadiri (atau dipaksa menghadiri) seminar berkenaan.

Saya mempunyai alasan untuk berasa khuatir bahawa buku Pendedahan Agenda Kristian boleh menjadi pencetus, pemangkin dan penggalak kepada lebih ramai orang Melayu meninggalkan agama Islam (murtad; daripada kata “riddah” dalam bahasa Arab) dan memilih untuk memeluk agama Kristian. 

Makalah ini ditulis pada 18 Mei 2014 dan disiarkan di Projek Dialog pada 18 Mei 2014 [BACA MAKALAH PENUH DI SINI