Menemui presiden Malaysia Hindu Sangam
(MHS) yang pasti sedang sibuk memastikan segala “fatwa” berkaitan Thaipusam
dipatuhi sepenuhnya oleh para penganut Hindu di Malaysia.
Saya ingin menarik perhatian tuan terhadap
suatu isu lain yang boleh juga dikaitkan dengan keimanan dan pegangan agama
orang Hindu. Maka secara langsung berhubung-kait dengan tugas dan peranan MHS.
Sebagai manusia biasa dan pencinta
perpaduan antara kaum dan agama, saya terkejut melihat suatu senarai istilah
yang khabarnya tidak boleh digunakan oleh orang Bukan Islam (Tidak Islam).
Pada
mulanya saya tersenyum, kemudian ketawa dan terbahak-bahak kerana senarai yang
turut disebarkan menerusi laman rangkaian sosial dan portal berita dalam talian
ternyata agak melucukan. [SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA MAKALAH PENUH]