22 Sept 2012

Panchayat – Shabdam 6

Saya mula mengenali dan mengagumi pengarang ini sejak tahun 1996. Beliau memiliki penguasaan Bahasa Malaysia yang amat membanggakan dan mampu pula mengolah kisah-kisah mengenai masyarakat pelbagai kaum secara penuh kreatif. Tentu sahaja novel Panchayat meneruskan tradisi ini ke arah memupuk perpaduan, pemahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk. Karya-karya seperti ini mempunyai potensi untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang bebas daripada batasan dan pemisah. Kita amat memerlukan kelompok pengarang yang mampu menghasilkan karya-karya yang mengetengahkan nilai-nilai murni serta nilai hidup etnik lain supaya dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan harian. – Gokulabalen Muniandy (Radiografer) dalam Panchayat: Edisi Khas.