8 Oct 2010

Yahoo!

Yahoo! yang beribu pejabat di Sunnyvale, California, Amerika Syarikat (AS) terkenal sebagai penyedia khidmat Internet ke seluruh dunia. Antaranya portal sesawang, enjin pencarian, e-mel, berita, iklan, peta dalam talian, perkongsian video dan laman rangkaian sosial dalam lebih 20 bahasa utama dunia.
.

Syarikat ini diasaskan oleh Jerry Yang dan David Filo pada Januari 1994 semasa mereka masih belajar jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Stanford, California.

.

Jerry lahir pada 6 November 1968 di Taipei, Taiwan sebelum berhijrah ke San Jose, California pada 1978 bersama-sama ibu dan adik lelakinya.

.

Filo pula lahir pada 20 April 1966 di Wisconsin sebelum berpindah ke Louisiana pada 1972.

.

Pada April 1994, Jerry and David’s Guide to the World Wide Web dinamakan semula sebagai Yahoo! iaitu ringkasan kepada Yet Another Hierarchical Officious Oracle dengan URL asalnya akebono.stanford.edu/yahoo.

.

Domain yahoo.com direka pada 18 Januari 1995 sebelum Yahoo! diperbadankan pada 1 Mac 1995. Logo asal berwarna merah dan mempunyai tiga ikon di setiap sisi.

.

Bermula Mei 2009, selain reka bentuk tema baru, Yahoo! turut memperkenalkan logo warna ungu.

..

(Disiarkan dalam segmen “Sejarah Global” di akhbar Sinar Harian pada 1 Oktober 2010.)