6 Jun 2010

3 Idiots

Pada 5 Jun 2010, saya selesai menonton DVD 3 Idiots (Hindi) yang saya pinjam daripada Kasturi Devi. Cerita yang cukup bersahaja dan menarik. Sesungguhnya, filem ini turut segera mengingatkan saya pada Dead Poets Society (1989) dan Mohabbatein (2000) yang membawakan tema besar yang agak sama.
.

Apa pun, filem 3 Idiots (2009) merupakan suatu “perulangan” yang amat wajar untuk menyedarkan kita – berulang kali juga – bahawa ada bezanya antara “mengejar ilmu” dan “mengejar kelayakan akademik”; serta ada bezanya antara “minat” dan “kerjaya”.

.

Ibu bapa yang amat suka “menyeksa” anak-anak dalam usaha menghasilkan “robot tidak berotak” pasti akan membenci filem ini kerana ia mengingatkan bahawa mereka (ibu bapa) sedang melakukan pembunuhan.

.

Lakonan Aamir Khan sebagai Rancho/Phunsukh, R Madhavan sebagai Farhan dan Sharman Joshi sebagai Raju mampu memberi sinar harapan – bukan sahaja kepada golongan pelajar di India, tetapi juga kepada seluruh dunia – bahawa hidup masih mempunyai makna, melampaui “kecemerlangan akademik”.

.

Selepas menonton 3 Idiots, saya dan Devishi Prabha Sankari mula menggunakan frasa “All Is Well” dari filem berkenaan yang sama kuatnya dengan frasa “Carpe Diem!” (Seize the Day!) dalam Dead Poets Society.

.

Novel Five Point Someone (2004) tulisan Chetan Bhagat menjadi asas bagi filem 3 Idiots dan kini, khabarnya, Joseph Vijay akan memegang watak Rancho dalam versi Tamil!

.

Sudahlah dia memusnahkan 50 filem setakat ini; serta sedang memusnahkan filem Malayalam, Bodyguard (2010) dengan judul Kaavalkaran.

.

Semoga keajaiban akan berlaku! Semoga Joseph Vijay memegang watak Ranchoddas Shamaldas Chanchad dan bukan watak Phunsukh Wangdu dalam versi Tamil nanti.

.

All is well, all is well ...
...
COLOMBO (Reuters) – A heart-warming tale of life in an Indian college swept a low-key Bollywood film awards ceremony in Sri Lanka on Saturday night (% June 2010), with several big stars staying away and after protests from Tamil groups.
.
3 Idiots, last year's blockbuster starring Aamir Khan, won in almost every category, bagging as many as 17 trophies including Best Picture, Best Director and Best Actress.