Pengenalan
Selain
daripada berbengkel, satu lagi cara untuk “belajar” menulis ialah dengan
berbual tentang karya penulis. Golongan pembaca atau “bukan penulis” juga boleh
menimba ilmu dan pengalaman apabila berbual dengan penulis tentang karyanya.
Menyedari hakikat ini, saya (Uthaya Sankar SB) mengatur siri
pertemuan dan perbualan secara dalam talian (online) menerusi Google Meet
bersama sesiapa yang berminat menimba ilmu berkaitan penulisan cerpen. Sesi
akan diatur dari semasa ke semasa dan maklumat akan dikemas kini di blog ini.
Sesi 1
Emosi dan Pancaindera dalam
Cerpen
Tarikh
29 Jun 2024
(Sabtu)
Masa
9:00 malam
(Waktu Kavyan)
Pelantar
Google Meet
Pengisian
Saya akan
berkongsi pengalaman dan panduan menampilkan unsur emosi (perasaan, rasa) dalam cerpen dengan memperkatakan
sebuah cerpen sendiri. Peserta (penulis dan bukan penulis) juga berpeluang
mengemukakan apa-apa pertanyaan dan pandangan yang wajar serta berkaitan dengan
topik perbincangan.
Peserta
Sesi ini
terbuka kepada sesiapa – penulis dan bukan penulis – yang berminat untuk
terlibat dalam perbincangan santai dan perkongsian ilmu berkaitan topik yang
dinyatakan. Umur minimum yang disarankan
ialah 17 tahun.
Bahasa
Sesi
dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Sesi soal-jawab juga
dalam Bahasa Malaysia. Sesiapa yang tidak
tahu atau tidak mahu atau berpura-pura tidak tahu berkomunikasi
menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi peserta.
Bayaran Ikat Libat
Setiap peserta
dikenakan bayaran pengeras atau ikat libat (commitment
fee) sebanyak RM10 (Sepuluh Ringgit Sahaja) bagi setiap sesi
yang disertai. Penyertaan hanya sah apabila bayaran ikat libat sudah dibuat.
Bayaran ini tidak dipulangkan jika peserta menarik diri atau tidak hadir atas
apa-apa alasan. Bayaran juga tidak boleh dipindahkan kepada sesi lain.
Cara Menyertai
Sesiapa
yang berminat menyertai sesi ini diminta mematuhi panduan dan syarat berikut:
1. Baca maklumat berkaitan sesi ini
dengan cermat dan fahami sepenuhnya.
2. Buat bayaran pengeras RM10 ke
akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar
SB) sebelum 22
Jun 2024 (9:00 malam).
3. Kirim nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com
dan nyatakan tarikh bayaran.
4. Pautan bagi teks cerpen (audio) akan
dikirim menerusi WhatsApp atau e-mel
pada 23 Jun
2024.
5. Peserta perlu mendengar rakaman audio
cerpen itu sebelum menyertai sesi.
6. Peserta diberi peluang
mengemukakan maksimum empat (4)
soalan berkaitan topik perbincangan dan teks cerpen sebelum 27 Jun 2024
(9:00 malam).
7. Pada tarikh sesi, pautan (link) bagi Google Meet dikirim menerusi WhatsApp
atau e-mel.
8. Peserta menyertai sesi tepat
pukul 9:00 malam menerusi Google Meet.
Rakaman dan Dokumentasi
Sesi menerusi
Google Meet dirakam bagi tujuan
dokumentasi dan mungkin disiarkan di YouTube
serta dikongsi menerusi media sosial.
Sijil Penyertaan
Setiap
peserta berdaftar yang mengikuti sesi ini sepenuhnya serta terlibat secara
aktif dalam sesi perbincangan layak menerima sijil penyertaan digital (.pdf)
untuk simpanan.
Pertanyaan
Jika ada
sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp
011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com
sebelum 22
Jun 2024 (9:00 malam).