6 Jun 2024

Emosi dan Pancaindera dalam Cerpen

Pengenalan

Selain daripada berbengkel, satu lagi cara untuk “belajar” menulis ialah dengan berbual tentang karya penulis. Golongan pembaca atau “bukan penulis” juga boleh menimba ilmu dan pengalaman apabila berbual dengan penulis tentang karyanya. Menyedari hakikat ini, saya (Uthaya Sankar SB) mengatur siri pertemuan dan perbualan secara dalam talian (online) menerusi Google Meet bersama sesiapa yang berminat menimba ilmu berkaitan penulisan cerpen. Sesi akan diatur dari semasa ke semasa dan maklumat akan dikemas kini di blog ini.

 

Sesi 1

Emosi dan Pancaindera dalam Cerpen

 

Tarikh

29 Jun 2024 (Sabtu)

 

Masa

9:00 malam (Waktu Kavyan)

 

Pelantar

Google Meet

 

Pengisian

Saya akan berkongsi pengalaman dan panduan menampilkan unsur emosi (perasaan, rasa) dalam cerpen dengan memperkatakan sebuah cerpen sendiri. Peserta (penulis dan bukan penulis) juga berpeluang mengemukakan apa-apa pertanyaan dan pandangan yang wajar serta berkaitan dengan topik perbincangan.

 

Peserta

Sesi ini terbuka kepada sesiapa – penulis dan bukan penulis – yang berminat untuk terlibat dalam perbincangan santai dan perkongsian ilmu berkaitan topik yang dinyatakan. Umur minimum yang disarankan ialah 17 tahun.

 

Bahasa

Sesi dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Sesi soal-jawab juga dalam Bahasa Malaysia. Sesiapa yang tidak tahu atau tidak mahu atau berpura-pura tidak tahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi peserta.

 

Bayaran Ikat Libat

Setiap peserta dikenakan bayaran pengeras atau ikat libat (commitment fee) sebanyak RM10 (Sepuluh Ringgit Sahaja) bagi setiap sesi yang disertai. Penyertaan hanya sah apabila bayaran ikat libat sudah dibuat. Bayaran ini tidak dipulangkan jika peserta menarik diri atau tidak hadir atas apa-apa alasan. Bayaran juga tidak boleh dipindahkan kepada sesi lain.

 

Cara Menyertai

Sesiapa yang berminat menyertai sesi ini diminta mematuhi panduan dan syarat berikut:

1. Baca maklumat berkaitan sesi ini dengan cermat dan fahami sepenuhnya.

2. Buat bayaran pengeras RM10 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB) sebelum 22 Jun 2024 (9:00 malam).

3. Kirim nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com dan nyatakan tarikh bayaran.

4. Pautan bagi teks cerpen (audio) akan dikirim menerusi WhatsApp atau e-mel pada 23 Jun 2024.

5. Peserta perlu mendengar rakaman audio cerpen itu sebelum menyertai sesi.

6. Peserta diberi peluang mengemukakan maksimum empat (4) soalan berkaitan topik perbincangan dan teks cerpen sebelum 27 Jun 2024 (9:00 malam).

7. Pada tarikh sesi, pautan (link) bagi Google Meet dikirim menerusi WhatsApp atau e-mel.

8. Peserta menyertai sesi tepat pukul 9:00 malam menerusi Google Meet.

 

Rakaman dan Dokumentasi

Sesi menerusi Google Meet dirakam bagi tujuan dokumentasi dan mungkin disiarkan di YouTube serta dikongsi menerusi media sosial.

 

Sijil Penyertaan

Setiap peserta berdaftar yang mengikuti sesi ini sepenuhnya serta terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan layak menerima sijil penyertaan digital (.pdf) untuk simpanan.

 

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 22 Jun 2024 (9:00 malam).