Saya [Uthaya Sankar SB] sedang mencari sukarelawan dari seluruh dunia yang berminat untuk terlibat dalam satu lagi usaha kecil merancakkan penghayatan karya Bahasa Malaysia.
Projek sebelum ini berkaitan cerpen “Anjing” dan boleh dibaca [di sini]. Pada kali ini, tumpuan kepada unsur “corak nada” atau apa yang sering kita kenali sebagai plot twist.
Prosedur dan gerak kerja projek seperti berikut:
1. Individu yang berminat dan komited mendaftar dengan menghubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 21 Oktober 2023 (9:00 malam).
2. Sukarelawan mengirim biodata ringkas (sekitar 50-100 perkataan) dalam Bahasa Malaysia [rujuk contoh] sebelum 21 Oktober 2023 (9:00 malam).
3. Sukarelawan memaklumkan tajuk cerpen yang dipilih sebelum 21 Oktober 2023 (9:00 malam). Sukarelawan bebas memilih mana-mana cerpen tulisan saya yang dirasakan mempunyai unsur plot twist serta berjaya menarik perhatian sukarelawan semasa membaca.
4. Bagaimanapun, jika cerpen berkenaan sudah dipilih oleh sukarelawan lain, maka akan diminta memilih cerpen lain. Siapa cepat, dia dapat. Antara cerpen yang sudah dipilih: "Tukang Kebun Migran", "Sang Kekasih" ... (akan dikemas kini).
5. Saya akan menyediakan beberapa soalan berdasarkan cerpen yang dipilih oleh sukarelawan. Soalan akan dikirim lebih awal kepada sukarelawan.
6. Sukarelawan memaklumkan tarikh dan masa untuk berbual dengan saya menerusi Google Meet. Tarikh yang dipilih mestilah selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2023.
7. Sesi Google Meet berlangsung sekitar 15 minit di mana sukarelawan menjawab soalan-soalan yang dikirim itu. (Tolong jangan baca skrip jawapan yang disediakan lebih awal! Perlu berbual secara santai.)
8. Rakaman sesi Google Meet disunting untuk dimuatkan di YouTube dan disebarkan menerusi media sosial.
9. Rakaman sesi Google Meet itu mungkin turut digunakan untuk penulisan rencana, misalnya dalam format wawancara, untuk portal Sastera Kavyan.
[Ulasan M. Mahendran - di sini]
Harap
maklum bahawa
projek ini bertujuan merakyatkan Bahasa Malaysia dan Sastera Kebangsaan. Sukarelawan perlu
mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Penglibatan adalah secara
sukarela, iaitu atas kehendak sendiri, tanpa paksaan, dan dengan rela hati.