Pertandingan ini dianjurkan oleh Uthaya Sankar SB sebagai usaha mencungkil bakat penulisan cerpen Bahasa Malaysia dalam kalangan kaum India di Malaysia. Ini merupakan kesinambungan kepada usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak diasaskan pada tahun 1999.
Syarat dan Panduan:
1. Warganegara Malaysia, kaum India.
2. Umur minimum 17 tahun pada tahun 2023. (Lahir pada atau sebelum 2006.)
3. Karya fiksyen berbentuk cerpen (cerita pendek).
4. Karya menggunakan Bahasa Malaysia tetapi istilah bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian dan konteks cerita.
5. Tema adalah bebas tetapi tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
6. Cerpen yang mengangkat tema Melayu dan Islam tidak sesuai bagi tujuan pertandingan ini.
7. Karya mestilah 100% asli tanpa sebarang bentuk peniruan atau ciplak yang menjadikan karya itu tidak asli.
8. Karya mestilah ditulis peserta itu sendiri dan bukan ditulis dengan “bantuan” orang lain – atau AI.
9. Panjang cerpen mestilah minimum 700 perkataan dan maksimum 1,500 perkataan.
10. Cerpen perlu ditaip kemas menggunakan Microsoft Word, fon Arial, saiz 12, langkau dua, dan ada nombor halaman.
11. Cerpen dengan terlalu banyak kesalahan bahasa (ejaan, imbuhan, tanda baca, dan seumpamanya) tidak akan dinilai.
12. Setiap peserta dibenarkan mengirim sebuah (satu) cerpen sahaja.
13. Karya tidak boleh disiarkan di tempat lain – termasuk di media sosial dan blog – sebelum keputusan rasmi diumum.
14. Judul cerpen dan nama penulis perlu dinyatakan pada permulaan manuskrip.
15. Biodata ringkas penulis (50-80 perkataan) perlu dinyatakan pada hujung manuskrip.
16. Maklumat berikut juga perlu dinyatakan pada hujung cerpen: Nama penuh (sebenar), alamat pos (lengkap), alamat e-mel, nombor telefon, dan umur.
17. Manuskrip cerpen perlu dikirim ke e-mel uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment).
18. Tarikh tutup: 30 Jun 2023 (8:00 malam)
19. Mana-mana peserta yang melanggar mana-mana syarat penyertaan akan dikenakan tindakan sewajarnya.
20. Senarai pemenang akan diumum di blog ini pada Julai 2023.
21. Keputusan penilaian adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai.
22. Maksimum 20 cerpen terbaik akan menerima hadiah set 6 buku berikut: Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020) Lakaran Diri (2022), Putaria (2020), Kavya Sastra (2021), dan Suvarna Bhumi (2022).
23. Hadiah buku akan dikirim kepada para pemenang melalui pos pada Julai 2023.
24. Peserta akan diundang menyertai bengkel
percuma bagi membedah manuskrip cerpen berkenaan secara dalam talian (Google Meet) pada Julai 2023.
Jika ada
sebarang pertanyaan sila hubungi WhatsApp
011-11411952 (Uthaya) sebelum 31 Mei 2023 (8:00 malam).