Sejak tahun 2000, saya menerbitkan sendiri buku-buku saya menggunakan konsep “modal sosial” (social capital) di mana rakan-rakan, sama ada penulis atau bukan penulis, tampil membantu menampung sebahagian kos penerbitan. Langkah ini turut membantu saya lebih mengenali khalayak yang berminat menyokong dan membaca karya saya.
Buat masa sekarang, saya sedang mengusahakan projek terjemahan 10 buah cerpen saya ke dalam bahasa Inggeris untuk diterbitkan. Sekali lagi, saya menerima sokongan rakan-rakan yang memang sedia maklum tentang proses swaterbit menggunakan modal sosial. [Rujuk – senarai nama]
Bagi kerja terjemahan pula, beberapa rakan turut menawarkan diri untuk membantu. Saya amat berpuas hati dengan kualiti terjemahan mereka. [Rujuk – biodata penterjemah]
Malah, apa yang dilakukan bukan sekadar terjemahan (translation) tetapi transkreasi (transcreation). Hasilnya, karya asal saya menjadi lebih sesuai dan selesa untuk dinikmati khalayak pembaca karya bahasa Inggeris.