26 Sept 2021

Sesi Bedah “Intro” Cerpen

Sesi bimbingan ini merupakan susulan kepada Sesi Penulisan Cerpen SPP (1 & 8 Jun 2021), Sesi Bedah Draf Cerpen (31 Julai 2021), Sesi Bedah Draf Karya (28 Ogos 2021), dan Sesi Bedah Petikan Cerpen (25 September 2021) serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan yang bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan karya bermutu — fiksyen dan bukan cereka — dalam Bahasa Malaysia.

Tarikh: 30 Oktober 2021 (Sabtu)

Masa: 9.00 – 11.00 malam

Platform: Google Meet

Pengeras: RM20

Individu yang menjadi pembimbing mana-mana bengkel/sesi penulisan lain tidak diterima sebagai peserta sesi ini.

Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:

1. Anda mendaftar nama dengan menghubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 16 Oktober 2021 (7:00 malam).

2. Anda membayar pengeras RM20 ke akaun 8002429656 (Uthaya/CIMB) sebelum 16 Oktober 2021 (7:00 malam). Bayaran tidak dikembalikan dan tidak boleh dipindahkan kepada sesi lain.

Penyertaan lewat tidak dilayan. Penyertaan tidak sah tanpa pengeras.

3. Saya akan mengirim panduan asas menulis “intro” cerpen. Panduan ini hanya sebagai rujukan; tidak wajib dipatuhi.

4. Anda menulis bahagian awal (bukan keseluruhan) sebuah karya asli sepanjang 200 perkataan (minimum) hingga 500 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Ingat: Ini hanya “intro” iaitu permulaan cerpen, bukan keseluruhan cerpen.

5. Anda tidak dibenarkan mengirim sambungan cerpen daripada sesi lalu. Hanya bahagian awal cerpen (“intro”) diterima.

6. Anda wajib menyemak draf anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa. Bukan tugas saya membetulkan kesalahan bahasa, kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca, dan seumpamanya.

7. Anda mengirim draf “intro” itu (200–500 perkataan sahaja) ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) selepas 23 Oktober 2021 tetapi sebelum 26 Oktober 2021 (7:00 malam). Draf yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak dilayan.

Manuskrip lewat tidak dilayan dan penyertaan terbatal.

8. Jika draf itu (200–500 perkataan) mengandungi terlalu banyak kesalahan bahasa, kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca, dan seumpamanya yang terlalu ketara, maka ternyata anda belum bersedia menjadi seorang penulis. Anda akan diminta menarik diri.

9. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca “intro” yang anda tulis. (Jika anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.)

10. Pada 30 Oktober 2021, sekitar 8:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.

11. “Intro” cerpen anda akan dibedah, dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi saranan ke arah menjadikan “intro” anda lebih bermutu. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan tambahan berkaitan Sesi Bedah “Intro” Cerpen, sila hubungi saya (Uthaya) menerusi WhatsApp  011-11411952 sebelum 16 Oktober 2021 (3:00 petang).