27 Sept 2021

Istilah Tamil dalam bahasa Melayu

Kita sedia maklum bahawa bahasa kebangsaan kita menerima pengaruh daripada pelbagai bahasa lain hasil interaksi melibatkan pelbagai kelompok manusia. Misalnya, banyak perkataan bahasa Arab, Tamil, Sanskrit, Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris sudah menjadi sebahagian kosa kata yang kita gunakan pada masa sekarang.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan bahasa perdagangan pada masa silam terakam dalam sejarah. Istilah ‘lingua franca’ merujuk kepada bahasa yang menjadi alat komunikasi atau bahasa perantaraan dalam situasi kelompok yang saling berhubung itu memiliki bahasa ibunda yang berlainan.

Sewaktu Melaka menjadi pusat perdagangan utama dahulu, pedagang dari pelbagai lokasi menggunakan bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi demi urusan perniagaan. Sehingga kini, bahasa Melayu — atau Bahasa Malaysia sejak tahun 1970 — menjadi lingua franca bagi penduduk pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Tahukah anda bahawa ‘tirai’ adalah perkataan Tamil? Baru-baru ini, saya dan beberapa rakan kaum India berkongsi istilah yang lazim digunakan penutur bahass Tamil dan perkataan itu turut digunakan orang Melayu dalam perbualan sehari-hari. Persamaan ini tentulah tidak menghairankan kerana kedudukan ‘lingua franca’ yang turut menerima pengaruh pelbagai bahasa lain.

Jaya Kumar Shanmugam dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malini Muniandy dari Johor Bahru, Arun Khan dari Segamat, Johor, Subashini Thiyagarajan dari Puchong, Selangor, Patricia Anne Clement dari Ipoh, Perak, Rathika a/p Kulantai Velu dari Johor Bahru, S. Suwedan dari Kapar, Selangor, Sasitharan SG dari Ayer Itam, Pulau Pinang, Pasupathy Pillay dari Melaka, Sharmilah Beham dari Kuala Lumpur, Ananthan Muniandy dari Kapar, Selangor, Thanaraj Subramaniam dari Bagan Serai, Perak, dan Richard Ignacy dari Sungai Jawi, Pulau Pinang berkongsi contoh perkataan yang kemudian diulas dalam esei ini.

Rencana penuh boleh dibaca dalam Suvarna Bhumi (2022)

(Rencana ini ditulis pada 15 September 2021 dan disiarkan dalam ruangan “Bicara Budaya” di akhbar Utusan Malaysia pada 18 September 2021. © Uthaya Sankar SB. Hubungi saya — LinkTree]