Pada pagi 20 Oktober 2019, saya [Uthaya Sankar SB] menghubungi sejumlah rakan dalam
usaha menyediakan senarai 12 Sebab Anda
Perlu Membaca Karya-karya Uthaya Sankar SB.
Senarai itu bagi membantu orang ramai mengenali (dan mungkin
membeli) buku-buku saya. — [Senarai Buku di Sini]
Sambutan dan sokongan moral yang diterima daripada
rakan-rakan budiman amat memberangsangkan!
Saya menerima reaksi daripada 36 individu. Kemudian, pada akhir Ogos 2020, empat lagi rakan sudi berkongsi reaksi. Senarai dikemas kini dari semasa ke semasa.
Saya menerima reaksi daripada 36 individu. Kemudian, pada akhir Ogos 2020, empat lagi rakan sudi berkongsi reaksi. Senarai dikemas kini dari semasa ke semasa.
Maka, berikut senarai 43 Sebab Anda Perlu Membaca Karya-karya Uthaya Sankar SB.
1. “Dapat
menjelajah dan menghayati epik India yang unik dan teragung.” – Mu. Pa. Selva (Shah Alam, Selangor)
2. “Anjakan
paradigma dalam memperkenalkan keunikan budaya India kepada seluruh masyarakat
Malaysia.” – Thiruselvam Padmanabhan (Shah Alam, Selangor)
3. “Straight to
the point. An unique way of introducing Indian culture in Bahasa Malaysia which is a rare
initiative among other Malaysian authors.” – Sivasangari Ramasamy (Kuala Lumpur)
4. “Setiap kali
saya membaca karya Uthaya ia mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak serta
membantu saya mengenali diri sendiri.” – Navanitha @ Nitha Nairu (Menglembu,
Perak)
5. “Malaysia
mempunyai seorang penulis yang berani menyuarakan suara rakyat dalam
penulisannya.” – Saraswathy Sivangnanam (Rawang, Selangor)
6. “Tulisan yang
mudah difahami, pandangan yang realistik, serta membincangkan isu-isu yang
penting bagi masyarakat.” – Salma Dhineswary (Rawang, Selangor)
7. “Penulisan
Uthaya berpandukan fakta yang nyata.” – Prem
Kanna Dorairaj (Rawang, Selangor)
8. “Uthaya’s
books are well researched, informative and a pleasure to read.” – Gopala Krishnan Sekharan Nair (Seberang
Perai, Pulau Pinang)
9. “Uthaya
menulis tanpa sempadan untuk semua lapisan masyarakat. Hanya penanya sahaja
yang dapat mengawal tulisan dan pandangannya.” – KA. S. Annadurai (Petaling Jaya,
Selangor)
10. “Berisi, padat
dan cukup memberangsangkan, terutamanya bagi memahami budaya kaum India di
Malaysia.” – Lim
Hwang Dat (Rawang, Selangor)
11. “Selain mesej
dan cerita, karya-karya Uthaya amat membantu saya belajar menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul.” – Sivabarathi
Munikanan (Puchong, Selangor)
12. “Tidak ramai
warga Bukan Melayu yang mampu menulis dalam bahasa kebangsaan dengan santun
sepertinya.” – Nik Mohd Yusoff Nik
Ismail (Kampung Meru, Selangor)
13. “Honest,
constructive and uplifting articles.” – Sumathi Muniandy
(Skudai, Johor)
14. “Menonjolkan
budaya kaum India dalam karya menggunakan bahasa yang mudah dan senang
difahami.” – Ramakrishnan Ramasamy (Klang, Selangor)
15. “Karya-karya
yang mampu memupuk minat membaca. Fakta yang dimasukkan dalam karya juga sangat
bernas.” – Punithavathy Arumugam
(Kuala Lumpur)
16. “Uthaya is
perhaps the only Malaysian Indian writer who painstakingly retells Indian literature into Bahasa
Malaysia, thus allowing more people the opportunity to enjoy these stories.” – Sukhbir
Cheema (Seremban, Negeri Sembilan)
17. “Uthaya
sebagai seorang karyawan mempunyai keunikan tersendiri; berani menerobos
dimensi penulisan yang jarang diteroka penulis lain.” – Mohamed Nasser Mohammed (Shah Alam, Selangor)
18. “Karya-karya
Uthaya berupaya membenihkan ilham dan pemikiran kritis.” – Suganiya Jayabalan (Pengkalan Hulu, Perak)
19. “Karya yang
memuatkan cerita yang asli serta unsur budaya dan tradisi.” – Indrarao B. Ramulu (Taiping, Perak)
20. “Uthaya
menghasilkan karya tentang budaya kaum India dalam Bahasa Malaysia. Maklumat
yang disajikan adalah tepat dan berdasarkan kajian.” – Alexandar Anthony Dars (Ipoh, Perak)
21. “Karya-karya
Uthaya sangat membantu membina ilmu dan menambah pengetahuan.” – Adam Arokia Ammaradass (Taiping, Perak)
22. “Memberi
kesan komunikatif kerana pembaca dapat berimaginasi dan membayangkan gambaran
dalam penulisan Uthaya.” – Jaymani Sevanathan (Klang, Selangor)
23. “Karya-karya
Uthaya mengajar saya supaya sentiasa menggunakan bahasa yang betul dan
sewajarnya.” – Thanusya Shanmuganathan (Petaling Jaya,
Selangor)
24. “Wonderful
books. Suitable for everyone.” – Jayasri
Sri Ramuloo (Puchong, Selangor)
25. “Uthaya ada
kebolehan mengolah dan menyampaikan cerita dengan penuh realistik.” – Venoo Kuppusamy (Taiping, Perak)
26. “Karya-karya
Uthaya seperti hujan ilmu yang membasahi tanah gersang.” – Murali Mohan (Pasir Gudang, Johor)
27. “Karya-karya
Uthaya membuatkan saya mahu meneroka lebih lanjut isu-isu yang diketengahkannya.”
– Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
28. “Hasil karya
yang menarik, berinformasi dan mempunyai nilai estetik.” – Dennis Teo Wei Xiang (Puchong, Selangor)
29. “Seorang
penulis yang berkredibiliti, berpengalaman, berfikir di luar kotak dan
mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada pembaca.” –
Suresh Kumar N. Vellymalay (USM, Pulau
Pinang)
30. “Karya Uthaya
sangat unik kerana mampu menceritakan semula kisah-kisah klasik dengan penuh
kreatif.” – VK Ezhilarasi Velautham (Pandan
Perdana, Kuala Lumpur)
31. “Membaca
karya-karya Uthaya mendekatkan saya kepada budaya Hindu dan India.” – M.
Mahendran (Bentong, Pahang)
32. “Karya Uthaya
mengingatkan tentang keindahan tradisi India-Hindu yang menjadi sebahagian
jati diri dan akar umbi Tanah Melayu.” – Dina Salvatore (Seri
Kembangan, Selangor)
33. “Karya yang
jujur dan unik.” – Rushida Abdul Wahid
(Meru, Selangor)
34. “Remarkable
angles of thought through engaging pieces of writings.” – Vikneswaran Muniandy (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
35. “Karya-karya
Uthaya mengungkap kisah-kisah masyarakat dan diperhalusi dengan mesej-mesej
yang sesuai dengan keadaan semasa.” – S.
Ghanthimathi (Klang, Selangor)
36. “Karya Uthaya
memaparkan kerencaman persoalan kehidupan masyarakat yang digarap pula melalui
gaya bahasa yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.” – Abang Sallehuddin Abg. Shokeran (Ketua Pengarah DBP)
37. “Karya Uthaya selalu memberi memberi banyak maklumat
tentang pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, tulisannya juga membantu pembaca
memahami pelbagai perkara yang mungkin tidak pernah didengar sebelum ini. – Ngan Siew Sin (Alor Gajah, Melaka)
38. “Karya-karya Uthaya mampu menarik minat pembaca serta
memberi sesuatu yang luar biasa kepada pembaca. Senang difahami dan straight to the point.” – Nor Azian Azami (Merbok, Kedah)
39. “Karya-karya beliau yang pernah saya baca cukup unik.” – Zaitun Mohd Razeli (Sijangkang,
Selangor)
40. “Pertama
kali apabila saya mendengar bahawa ada buku-buku berunsur budaya Hindu ditulis
dalam bahasa kebangsaan, saya kagum dan amat gembira. Saya mula meminati karya
Uthaya dan terus meluangkan masa untuk mendalami penulisannya. Ia turut memberi
dorongan kepada saya untuk mengikuti jejak beliau. Mungkin saya pun boleh
memulakan misi saya yang terkubur lama. Uthaya menjadi bukti bahawa
seseorang yang mahir dalam Bahasa Malaysia juga mempunyai ruang yang
terbuka untuk berjaya.” – Rajeswari Raman (Klang, Selangor)
41. “Pembaca akan mendapat sudut pandangan yang berbeza tentang sesuatu isu. Bukan semua penulis berani menulis apa yang ingin diperkatakan kerana takut akan dihakimi masyarakat. Saya amat berharap hasil penulisan Uthaya bakal melahirkan generasi yang mampu berfikir tanpa kotak.” — Chelvi Ganesan (Lahat, Perak)
42. “Tulisan yang mudah difahami dan padat. Karya Uthaya memberi kesan yang sederhana namun ampuh.” — Fairul Afikin Uzair (Puncak Perdana, Selangor)
43. “Hasil karya Uthaya memang unik,
berkualiti, dan tidak boleh dibandingkan dengan karya penulis lain. Karya yang mampu
mendorong semua lapisan masyarakat membaca dan menghayati Bahasa Malaysia.”
— Malini Lakshmi Bai (Cheras, Kuala Lumpur)
Lihat juga – [Pandangan Pembaca Budiman] – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Biodata Uthaya Sankar SB] – [Harapan Terhadap Karya Uthaya] – [Bagaimana Uthaya Mula Menulis] – [Reaksi Pembaca Beta]