9 Nov 2018

Kelas Bahasa Malaysia untuk Kanak-kanak


Pengumuman Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pada 31 Oktober 2018 bahawa peperiksaan bagi murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap 1) dimansuhkan adalah berita yang menggembirakan.

Perkembangan ini bermakna, murid-murid tidak akan tertekan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seperti yang sering berlaku. Para guru pula boleh menumpukan kepada aspek pengajaran sebenar tanpa terlalu memikirkan gred dan pencapaian murid-murid.

Seperti dimaklumkan oleh Maszlee, satu sistem pentaksiran yang lebih objektif akan diperkenalkan pada sesi persekolahan mulai Januari 2019.


Di pihak ibu bapa, mereka perlu mengurangkan kebergantungan kepada jumlah ‘A’ yang diperoleh oleh anak-anak. Sebaliknya, perlu sedia memberi ruang dan peluang kepada anak-anak menikmati pembelajaran dan proses menimba ilmu secara lebih berkesan.

Sebagai seorang individu yang mencintai Bahasa Malaysia, serta terlibat secara langsung bersama-sama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dalam usaha menggalakkan budaya membaca dan minat menulis secara kreatif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, saya berharap ibu bapa akan memberikan tumpuan kepada tiga aspek berkenaan — penguasaan bahasa, pemupukan minat membaca, dan kreativiti penulisan — dalam kalangan anak-anak.

Apabila ketiga-tiga aspek ini berjaya dipupuk sejak usia muda (Tahap 1) tanpa tekanan “peperiksaan dan markah”, maka kanak-kanak ini akan memiliki penguasaan bahasa, minat membaca dan daya kreativiti dalam penulisan sebelum melangkah ke Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6).

Malah, kanak-kanak ini akan membawa ilmu itu sebagai “bekal” yang berguna sepanjang hidup. Hal ini demikian kerana mereka menimba ilmu berkenaan pada usia muda bukan untuk lulus peperiksaan, tetapi disajikan dalam bentuk dan format yang menyeronokkan.


Sehubung itu, saya [Uthaya Sankar SB] mengendalikan kelas khas dalam kumpulan kecil bagi membimbing kanak-kanak sekolah rendah menguasai Bahasa Malaysia, memupuk minat membaca buku cerita, serta kemampuan menulis secara kreatif.

KELAS MINGGUAN DI SETIA ALAM

Tarikh mula — 2 Februari 2019 (Sabtu)
Masa — 3:00 – 5:00 petang
Tempat — Ruang Aktiviti, Pusat Mencuci Kereta LS, Setia Alam, Selangor
Panduan Waze — Econsave Setia Taipan
Peserta — Kanak-kanak (715 tahun)
Bayaran — RM40 sebulan [4 sesi]
Penyelaras — Thilagah Ampikapathy (011-37300620)

NOTA: Yuran perlu dibayar pada awal bulan; bukan pada akhir bulan.
  

Antara topik yang akan terkandung dalam kelas mingguan ini:

● Kemampuan meluahkan pandangan dan perasaan.
● Menulis secara kreatif dan efektif.
● Sesi sumbang saran (brainstorming).
● Memasukkan unsur emosi dalam penulisan.
● Memanfaatkan pancaindera dalam penulisan.
● Menangani dialog dalam penulisan.
● Kemahiran pengucapan awam.
● Kemahiran komunikasi.
● Memupuk minat membaca buku cerita.

Sesi mingguan dalam bentuk home tuition ini turut dijalankan dalam kumpulan kecil sekitar 5 kanak-kanak dalam setiap kelas. Lokasi pilihan saya adalah sekitar Shah Alam, Klang, Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Hubungi saya menerusi Messenger (Facebook) atau WhatsApp 011-11411952 untuk tempahan slot.