17 Jun 2017

Raja Rajeswari Penipu Tegar?


Perangai buruk dan tidak beretika yang ditunjukkan oleh Raja Rajeswari Seetha Raman bukanlah sesuatu yang baharu.

Menerusi sebuah esei yang disiarkan di majalah Dewan Sastera (April 2017), wanita itu terbukti menggunakan data palsu dan fakta rekaan, serta halusinasi dan imaginasi, dengan niat memberikan gambaran buruk dan negatif kepada umum mengenai penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris – baca di sini.

Pada tahun 2010, wanita yang mungkin gila publisiti itu tampil menyalahkan “masyarakat bukan Melayu” yang tidak menghadiri Hari Pejuang Bahasa 152 pada 15 Februari 2010 (cuti Tahun Baru Cina).


“Saya sudah jangka pasti tiada bukan Melayu yang hadir. … Saya pernah menyuarakan pandangan dalam majalah Pelita Bahasa [baca di sini] bahawa masyarakat India dan Cina tidak akan mengambil subjek bahasa Melayu, jika tidak dijadikan syarat wajib lulus bahasa Melayu untuk lulus SPM,” katanya, seperti dilaporkan di akhbar Berita Harian, 18 Mac 2010 – baca di sini.

Akhbar itu turut melaporkan: “Rajeswari mendedahkan kajiannya terhadap pelajar bukan Melayu berhubung perkara terbabit menunjukkan hanya 30 daripada 300 responden berminat terhadap bahasa Melayu.”

Mesej Raja Rajeswari kepada beberapa penulis kaum India.
Wanita tidak beretika dan tiada integriti ini sudah dibuktikan menggunakan data palsu dan fakta rekaan dalam esei di Dewan Sastera (April 2017) untuk memberi gambaran negatif mengenai penulis kaum India.

Tulisannya di majalah Pelita Bahasa (Ogos 2003) serta kenyataannya seperti disiarkan di akhbar Berita Harian (18 Mac 2010) juga berniat memberikan gambaran palsu dan negatif mengenai “masyarakat bukan Melayu” dalam soal penggunaan Bahasa Malaysia.


Tidak mustahil Raja Rajeswari tidak pernah melakukan kajian membabitkan 300 responden (pelajar) untuk esei di Pelita Bahasa. Sedangkan 60 responden (penulis) bagi esei di majalah Dewan Sastera pun boleh diciptanya menggunakan imaginasi dan halusinasi, inikan pula keperluan mengumpulkan data daripada 300 responden!


Apabila niat wanita itu terbukti tidak lain dan tidak bukan semata-mata mahu mencemarkan imej masyarakat India dan golongan Sasterawan Kavyan di mata masyarakat pelbagai kaum demi mendambakan publisiti murahan, tentulah penipu tegar itu tidak akan teragak-agak mencipta data sendiri untuk mewajarkan pandangannya yang dikuasai imaginasi dan halusinasi.

Klik foto untuk membesarkan paparan.
Contoh Kenyataan Lidah Bercabang:

“Cabaran yang dihadapi ketika ini adalah untuk memantapkan lagi kualiti karya supaya tidak lagi dilabel sebagai penulis kaum India atau penulis Bukan Melayu, sebaliknya diiktiraf sebagai penulis Malaysia.” – Raja Rajeswari Seetha Raman di Metro Ahad, 9 Februari 2003 – [Rujuk di sini]

“Saya tidak setuju dengan istilah penulis kaum India. Sebaliknya saya lebih selesa dengan istilah penulis bukan Melayu.” – Raja Rajeswari Seetha Raman dalam e-mel bertarikh 8 Julai 2003 – [Rujuk di sini]




“Secara peribadi saya tidak gemar pengkategorian sebagai ‘penulis kaum India’, ‘penulis bukan Melayu’, ‘penulis Melayu’, ‘penulis wanita’, ‘penulis lelaki’ dll. Kita penulis malaysia. Malaysia pertiwi kita. Saya amalkan prinsip ini dalam kehidupan saya.” – Raja Rajeswari Seetha Raman di Facebook menjelang Himpunan Penulis Malaysia (16 November 2018)




“Selama 25 tahun saya kekal setia sebagai satu-satunya penyair wanita dalam kalangan kaum India Malaysia yang berkarya secara konsisten dalam bahasa kebangsaan.” – Raja Rajeswari Seetha Raman di Facebook, setahun kemudian (30 November 2019)


Orang ramai boleh melayari Blog Kavyan untuk mendapatkan data sebenar dan fakta tepat mengenai penulis kaum India dan masyarakat India, serta hubungan mereka dengan Bahasa Malaysia.