28 Dec 2016

Tamil Pulp Fiction

Antologi ini menghimpunkan enam buah pulp fiction (fiksyen picisan) yang diterjemahkan daripada Bahasa Tamil kepada Bahasa Inggeris.

Judul: Tamil Pulp Fiction – Vol. 2
Bahasa: Inggeris (terjemahan)
Tahun: 2011
Tebal: 468 halaman
Harga: RM38.00 + PosLaju RM7.00 = RM45.00

Enam buah “fiksyen picisan” ini menggabungkan unsur-unsur saspens, misteri, thriller, kritikan sosial, seks, narrative hook dan twist yang menjadi perencah untuk menarik minat khalayak umum. [Baca juga – UGUT]

The Palace of Kottaipuram (1990) oleh Indra Soundar Rajan yang mengarang ratusan novel berasaskan legenda, mitos, dewa-dewi, dan sejarah. Beliau turut menulis skrip bagi siri televisyen Marma Desam dan Yamirukka Bayamein. Novel dalam antologi ini pernah disiarkan secara bersiri dalam majalah Anantha Vikatan.

Highway 117 (1980) oleh Pushpa Thangadorai (Sri Venugopal), pengarang prolifik dan serba boleh. Novel Oru Oodhappu Kan Simittugiradhu dijadikan filem pada 1976 yang menampilkan pelakon Kamal Haasan dan Sujatha. Highway 117 disajikan dalam bentuk novel grafik.

Hold on a Minute, I’m in the Middle of a Murder (1979) oleh Indumathi yang menghasilkan ratusan novel. Beberapa karya yang menyentuh isu-isu kontroversi dijadikan drama bersiri di televisyen. Beliau menulis novel Irandu Per bersama novelis terkenal, Sivasankari.

The Bungalow by the River (2000) oleh M. K. Narayanan, penulis dari Singapura. Beliau menyertai stesen radio Tamil di Singapura pada 1964, serta menulis dan menerbitkan rancangan Marma Medhai. Drama Mahabharatham tulisannya turut disiarkan secara bersiri di stesen radio Singapura.

Hello, Good Dead Morning! (1986) oleh Rajesh Kumar yang menghasilkan lebih 1,500 novel bertema fiksyen sains, cinta, isu sosial, dan penyiasatan.

Sacrilege to Love (2009) oleh Resakee (R. M. Kumaravel) yang turut menjadi editor majalah fiksyen picisan seperti Great Novel, Best Novel dan Everest Novel.

Hubungi uthayasb@yahoo.com.my sebelum 31 Disember 2016 jika anda benar-benar berminat membeli antologi Tamil Pulp Fiction – Vol. 2. Stok terhad. Boleh dibeli bersama-sama buku lain untuk menjimatkan kos PosLaju.