Tuesday, 14 June 2016

Kisah Viratam

Dalam kalangan masyarakat India-Hindu di Malaysia, istilah “viratam” (Bahasa Tamil) lazimnya digunakan untuk membawa maksud “puasa”. Misalnya, seseorang mungkin berkata “Saya viratham pada hari ini”.

Namun begitu, seorang individu beragama Hindu tidak digalakkan – serta tidak akan – mempublisitikan serta menghebohkan kepada seluruh dunia bahawa dia sedang berpuasa.

Hal ini adalah demikian kerana dalam ajaran agama Hindu, berpuasa adalah niat yang melibatkan individu terbabit dengan Tuhan. Sikap menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan memberitahu (baca: menghebohkan kepada) orang ramai bahawa seseorang sedang berpuasa boleh membatalkan “niat” puasa itu sendiri.

Makalah ini bertujuan memberikan sedikit maklumat umum mengenai puasa yang diamalkan oleh penganut agama Hindu tanpa menyentuh – apatah lagi mempersenda – amalan puasa dalam mana-mana tradisi atau agama lain.

Atas sebab itulah juga saya tidak menggunakan istilah “noonbu” (Bahasa Tamil) yang lazimnya digunakan apabila merujuk kepada ibadat puasa dalam kalangan penganut agama Islam. [Rujuk - Kisah Ramadan]

Menurut Kamus Bahasa Tamil – Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris (Fajar Bakti,1997), “noonbu” juga disebut “tavam” yang membawa makna “penebusan dosa” (penance) dan “pertapaan berdasarkan peraturan agama yang ketat” (meditation with religious austerities). - Baca makalah penuh dalam Mandala Bicara.

[Makalah ini ditulis pada 16 Julai 2013 dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 22 Julai 2013.  © Uthaya Sankar SB 2013. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan mana-mana blog kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri. Baca juga: Malaiur Manikam dan Kenali Ajaran Hindu]

1 comment:

  1. Thank you so much for writing this! :)

    We need to educate the general public on this- how other religions do have their fasting practices.

    2. It surely is mind-boggling at times how something that has to do an action with pure intentions becomes so flashy and seems to a certain extent, an act done merely due to social pressure and blind obedience.

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!