Hang
Tuah hadir dalam hidup saya bersama laungan keramat “Takkan Melayu Hilang di Dunia” sewaktu di sekolah
rendah. Pada tahun 1970-an dan 80-an, mata pelajaran Tawarikh (Sejarah) diajar
di sekolah rendah.
Sebagai
seorang individu yang gemar membaca pelbagai bahan Bahasa Malaysia dan
Inggeris, saya berpeluang mengenali tokoh penting dan kisah hebat dari seluruh
dunia.
Bercakap
secara khusus mengenai Hang Tuah, terdapat sekurang-kurangnya sepuluh versi
yang berbeza. Saya turut membanding-bandingkan antara watak-watak dalam Ramayana, Mahabharata, Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah.
Sejak
kanak-kanak, saya tertanya-tanya mungkinkah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu merupakan adaptasi daripada Yudhisthira,
Bhima, Arjuna, Nakula dan Sahadeva dalam Mahabhatara
dan Hikayat Pandawa Lima.
Pandangan
ini boleh dilihat menerusi cerpen “Laksamana Arjuna” yang termuat dalam
buku Pulau Pendatang (2015):
“Apabila
kelima-lima saudara itu dibawa ke negara asing sebagai utusan diraja untuk
menjadi hulubalang demi mempertahankan negara itu daripada serangan musuh,
mereka diberi nama dan gelaran baru.”
Dalam
kumpulan esei Malaiur Manikam (2015) juga nama Hang Tuah
disebut beberapa kali, khususnya dalam makalah bertajuk “Takkan Melayu Hilang di Malaysia”.
Dinyatakan
kemungkinan Hang Tuah hanya legenda atau mitos. Sejak kecil, saya berpandangan
kisah lima bersaudara itu saduran kisah Ramayana
dan Mahabharata dari India.
Bagaimanapun,
sebagaimana dihuraikan AB Sulaiman menerusi buku Sensitive Truths in Malaysia
(2013), dalam kalangan orang Melayu di Malaysia, kewujudan
Hang Tuah adalah “kebenaran budaya” (cultural
truth).
Khalayak
selain “orang Melayu di Malaysia” tidak semestinya menerima Hang Tuah sebagai
individu yang benar-benar wujud kerana ia bukan “kebenaran universal” (universal truth) memandangkan tiada
bukti sah berdasarkan fakta yang tidak dapat dipertikaikan.
Menerusi
buku Membongkar Rahsia Dunia Melayu
(2014), buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah diangkat sebagai
“sumber utama yang menceritakan mengenai asal-usul Hang Tuah”.
Rencana penuh dalam Kumpulan Esei 2024.
[Makalah ini ditulis pada 13 Februari 2016 dan
disiarkan di The Malaysian Insider pada 16 Februari
2016.
© Uthaya Sankar SB 2016. Harap
maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan mana-mana blog kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]