Tuesday, 14 January 2014

Dalang Kampung Chetti

Khabarnya projek pembinaan dua blok kondominium 22 tingkat, sebuah hotel 12 tingkat dan tempat letak kereta 6 tingkat di atas tanah “Lot 93” tidak akan sedikit pun menjejaskan Kampung Chetti, Melaka.
 
Akhbar The Star (10 Januari 2014) memetik pengerusi MIC Melaka, MS Mahadevan sebagai berkata bahawa ketiga-tiga kuil di perkampungan warisan itu akan diteliti oleh jurutera pakar. [BACA DI SINI]
 
Kononnya, jika ada walau sedikit kesan kerosakan pada struktur bangunan kuil batu kapur itu, maka projek pembinaan berkenaan akan diarahkan supaya dihentikan segera.
 
Tentulah berita itu sepatutnya amat menggembirakan bagi kaum Chetti yang menghuni kampung berkenaan serta Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan warga priharin yang berusaha mempertahankan Kampung Chetti daripada kemusnahan.
 
Sila KLIK DI SINI untuk membaca makalah penuh dan mengetahui hakikat sebenar berkaitan “janji-janji manis” kerajaan dan politikus. Ikuti juga perkembangan di Blog Solidariti Kampung Chetti.