Uthaya Sankar SB adalah
antara kelompok kecil penulis yang sangat cekal mempersegar kegiatan bahasa
tanah air. Kumpulan cerpen Rudra Avatara ini adalah sebahagian
bukti yang kukuh itu.
Saya sentiasa tertarik dengan
kesungguhan Uthaya Sankar SB berkarya, malah turut kagum oleh kegiatan seninya melalui
pergerakan Kavyan.
Dengan Rudra Avatara kini ternyata beliau ingin terus bersuara menyetiai
pesanan Mahatma Gandhi yang tegas menyarankan
agar kaum seniman sentiasa berani mengetengahkan kebenaran.
(Datuk A. Samad Said, Bangsar Utama, 24
Jun 2008. Sila KLIK DI SINI jika berminat membeli kumpulan cerpen ini.)