Program
Sesi Bicara: Travelog
Beijing
Tokoh
Moderator
Muhammad Tajul
Khazimi
Penganjur Bersama
Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Tarikh
29 Jun 2012 (Jumaat)
Masa
3:00 – 4:00 petang
Tempat
Pentas Aktiviti,
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Sempena
Pesta Buku Negeri
Selangor (29 Jun – 9 Julai 2012)
Objektif
1. Memberi peluang kepada penulis Travelog Beijing
berkongsi pengalaman melawat Beijing, China serta menulis pengalaman itu.
2. Memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dan mendengar pengalaman
penulis terbabit mengenai suasana di Beijing serta pengalaman menulis travelog.
3. Membuka peluang hadirin bertanya soalan-soalan yang wajar untuk
mendapatkan kepastian mengenai pelacongan ke Beijing berdasarkan pengalaman
tiga penulis terbabit.
Khalayak Sasaran
Dialog sastera ini
mensasarkan kepada khalayak pelbagai kaum dan pelbagai umur yang berminat
mengikuti perkongsian pengalaman melawat Beijing. Para penulis, wartawan, mahasiswa,
pengkaji budaya, peminat seni, pencinta buku, guru, pelajar, pihak berkuasa
tempatan dan orang ramai diundang ke majlis ilmu ini. Hadirin diminta menjaga
adab dan tata susila sepanjang program berlangsung.
Cara Pengendalian Program
Dalam sesi dialog
ini, moderator akan meminta ketiga-tiga penulis terbabit berkongsi pengalaman mereka
berkunjung ke Beijing, China pada Julai 2011 serta pengalaman mereka
menghasilkan Travelog Beijing sekembali ke tanah air. Orang ramai juga boleh
mengemukakan soalan/pertanyaan mengikut tatacara yang dijelaskan secara
terperinci di bawah.
Soalan Daripada Hadirin
Hadirin boleh
mengemukakan soalan bertulis yang disertakan maklumat diri (nama penuh,
pekerjaan, nombor telefon). Soalan bertulis perlu diserahkan kepada urus setia (wakil
penganjur) yang bertugas pada hari program. Soalan-soalan ini akan disaring
oleh urus setia dan moderator. Hanya soalan-soalan yang didapati sesuai dan
wajar akan dikemukakan kepada para penulis untuk dijawab. Soalan-soalan yang
terpilih itu pula hanya akan dibacakan sekiranya individu yang mengemukakan
soalan itu berada di tempat acara (pentas aktiviti). Individu terbabit yang
“muncul” kemudian dengan apa alasan sekali pun tidak akan dilayan.
Jumlah Soalan
Kertas-kertas
soalan yang dikemukakan oleh hadirin akan dipilih secara undian terbuka semasa
sesi dialog sedang berlangsung. Pengundian akan dihentikan sebaik tamat tempoh
kerana program hanya sekitar sejam; tidak termasuk sesi tayangan slaid,
nyanyian dan bacaan petikan buku.
Skop Sesi Bicara
Program ini secara
khusus berkaitan pengalaman tiga penulis terbabit melawat Beijing, pengalaman
menghasilkan buku dan bidang yang berkaitan. Penulis juga mungkin ditanya
mengenai penglibatan mereka dalam bidang penulisan. Sebarang pertanyaan/soalan
yang di luar lingkungan (skop) tidak akan dilayan. Hadirin diminta menghormati
perkara ini.
Cenderamata
Hadirin yang
soalannya terpilih dalam undian dan dikemukakan kepada penulis semasa sesi bicara,
akan menerima cenderamata berupa bahan bacaan sumbangan One Nusantara Sdn Bhd.
Cenderamata ini hanya akan diberi sekiranya individu yang mengemukakan soalan
itu berada di tempat acara (pentas aktiviti) semasa soalannya dibacakan.
Individu terbabit yang “muncul” kemudian dengan apa alasan sekali pun tidak
akan dilayan.
Buku Travelog Beijing
Sepanjang Pesta
Buku Negeri Selangor (29 Jun – 9 Julai 2012), buku Travelog Beijing (2012) boleh dibeli di gerai One Nusantara Sdn Bhd
dengan harga istimewa. Buku ini juga akan dijual di sekitar pentas aktiviti
semasa sesi bicara berlangsung.
Maklumat Lanjut
Untuk
sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Tajul Khazimi menerusi e-mel aina_amy@yahoo.com
atau talian 017-4618834.