17 Jan 2012

Vis-a-Vis

Bla bla bla.

Nyet nyut nyet nyut.


Huh hah huh hah huh hah.


Cekcok cekcok ...


Serang!


Serang?


Ya, serang. S – e – r – a – n – g.


Siapa?


Siapa, apa?


Siapa yang kauarah?


Orang-orangku.


Kau gila!


Eh, salahkah aku mengarah orang-orangku?


Kau benar-benar sudah gila. ...


Aku ketua. Aku ada hak untuk mengarah.


Mengarah siapa?


Seperti yang sudah aku katakan: orang-orangku.


Kau sudah cukup gila!


Kenapa?


Kau mengarahkan orang-orang yang tidak wujud. Kau sudah lupakah kita siapa? Cuba lihat keliling. Mana ada orang lain? Kita bersendirian di sini.


Eh! Ke mana perginya orang-orangku? Mana mereka?


Kau sudah lupakah di mana kita?

Kita di mana?


Di vakum.


Vakum?


Ya. Kau tak pernah mendengar istilah itu? Sia-sia sahajalah kau menjadi diri kau selama ini.


Diam, bodoh. Aku tahu apa itu vakum. Aku tahu setiap istilah yang wujud di dalam kamus. Tapi yang aku tidak tahu, mengapa kita di sini – di vakum.


Apa kau sudah lupa?


Tidak sama sekali. Bagaimana aku boleh lupa kalau aku tidak pernah ingat?


Sahlah kau sudah lupa. ... Biar aku ingatkan.


Kau tak boleh mengingatkan aku.


Kenapa pula?


Sebab aku tidak pernah tahu. Kau hanya boleh mengingatkan aku kalau aku pernah tahu dan kemudian terlupa.


Keluarlah sebentar daripada ego kau.


Bagaimana aku mahu keluar sedangkan aku tidak pernah berada di dalamnya?


Sudah! Jangan buang masa.


Buang masa? Bukankah kita dalam vakum?


Masa tetap berlalu walau di mana kita berada. Malah, sudah banyak masa yang kita habiskan di sini sahaja.


Uthaya Sankar SB 1995. Petikan cerpen “Vis-a-Vis” yang pertama kali disiarkan di majalah Dewan Sastera, April 1995 sebelum dimuatkan dalam Siru Kambam. Kisahnya mengenai seorang pemimpin politik yang mengalami skizofrenia lalu berangan-angan mencipta tentera paranoiac humanoid untuk memusnahkan lawan sejak kawasan yang dikuasainya jatuh ke tangan parti lawan pada pilihan raya umum. Sila KLIK DI SINI untuk senarai cerpen Uthaya Sankar SB.)