21 Dec 2011

Interlok: Biar TPM Umum!

Akhbar Malaysia Nanban keluaran 20 Disember 2011 menyiarkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mahu supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri selaku Menteri Pelajaran membuat pengumuman rasmi berkenaan keputusan menarik balik novel Interlok Edisi Murid yang dijadikan teks Komsas.

Kenyataan ini berikutan “pengumuman” oleh dua pemimpin MIC baru-baru ini berhubung perkara ini. Sila KLIK DI SINI untuk pemahaman lanjut isu ini.