Sunday, 18 December 2011

Don’t Jump the Gun!

Sejak tengah hari 16 Disember 2011, tersebar “berita” bahawa novel Interlok Edisi Murid akan ditarik balik daripada dijadikan teks Komsas mulai tahun 2012.

Kenyataan Kumpulan Sasterawan Kavya (Kavyan) boleh dibaca DI SINI. Kenyataan turut disiarkan di Malaysiakini [BACA DI SINI], Free Malaysia Today [BACA DI SINI] dan The Malaysian Insider [BACA DI SINI] pada 17 Disember 2011.


Akhbar-akhbar Tamil pada 17 dan 18 Disember 2011 pula menyiarkan berita beberapa pihak “meraikan kemenangan”.


Malah, akhbar The Star pada 17 Disember 2011 melaporkan begini:


In KULIM, MIC president Datuk G. Palanivel pointed out that MIC was instrumental in convincing the Government to withdraw the book.


He said anyone could claim credit for its removal but MIC knew it had done its part in removing certain offensive words and now, the withdrawal of it.


Nasihat saya amat mudah: Don’t jump the gun!


Novel Interlok ditarik balik? Apa kenyataan rasmi Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin?


Demikian tajuk utama akhbar mingguan Tamil MINNAL, 18 Disember 2011 yang memetik kenyataan Kavyan.


Saya tidak perlu menghurai lanjut. Bacalah kenyataan Kavyan – dalam versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Tamil – untuk mendapatkan sedikit pencerahan.