
Antara perkara utama yang dituntut oleh Kavyan sejak mula adalah supaya nama Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) dicetak pada kulit depan novel dan hak cipta karya dikembalikan kepada beliau.
Ada pihak yang bertanya kepada saya, mengapa Kavyan begitu bertegas meminta kerja-kerja pemurnian dilakukan. Ada juga yang bertanya mengapa kesilapan bahasa perlu dibetulkan.
Ada yang bertanya, mengapa Kavyan dan saya tidak memilih untuk berdiam diri memandangkan perkataan “*****” sudah dipersetujui untuk digugurkan dari halaman 211 Interlok Edisi Murid.
Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan jawapan menerusi artikel yang disiarkan di portal berita The Malaysian Insider pada 15 Ogos 2011.