1 May 2011

Tautan (Verknüpfungen)

Saya tidak berpeluang menghadiri majlis pelancaran antologi Tautan: Sajak-sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman (Verknüpfungen: Zeitgenössische Malaysische und Deutsche Lyrik) pada pukul 5:00 petang, 30 April 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hal ini kerana pada masa sama, saya sudah pun diundang lebih awal untuk menjadi pengacara bagi majlis penyampaian hadiah Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Antara Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur.


Namun, tepat pukul 10:00 pagi, 30 April 2011, saya sudah “menyerbu” gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di PWTC untuk bertemu Anuar Manshor dan membeli antologi Tautan (2011) selenggaraan Hedy Holzwarth, Holger Warnk dan Volker Wolf.


Sajak saya berjudul “Usah Gentar Tinggal di Pondok Sendiri” yang diterjemahkan ke Bahasa Jerman dengan judul “Habt keine Furcht, im eigenen Land zu leben” termuat dalam antologi ini yang diterbitkan oleh ITNM dengan kerjasama Goethe-Institut Malaysia.


Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai sajak “Usah Gentar Tinggal di Pondok Sendiri” dan beberapa karya lain yang diterjemahkan dari Bahasa Malaysia.