20 Mar 2011

Interlok: Konspirasi Membunuh

Saya sedang dalam proses menghasilkan sebuah faksyen berjudul “Interlok: Konspirasi Membunuh” di mana judul itu adalah “pinjaman” daripada faksyen berjudul “Fail Merah: Konspirasi Membunuh Sasterawan Pulau Cinta”.
.

Jangan risau, tidak ada watak yang “dibunuh” atau “mati” sepanjang proses menghasilkan faksyen ini.

.

Biar saya maklumkan bahawa faksyen terbaru ini tidak perlu diubah walau sepatah perkataan pun kerana walaupun mungkin terdapat lebih 100 kesilapan “fakta” dalam faksyen ini, ia tidak menyentuh “sensitiviti” mana-mana kaum.

.

Sebaliknya, faksyen ini mungkin dilihat sebagai “rakaman zaman” dan “sejarah” dan “fakta” dan “realiti sosial” dalam masa 40 tahun lagi.

.

Saya menggunakan “Interlok” pada judul kerana idea bagi faksyen ini tercetus pada 19 Mac 2011 sewaktu saya mengadakan perbincangan dengan dua wakil “Keluarga Cing Huat” dan dua wakil “Keluarga Seman” mengenai pelbagai topik “di langit dan di bumi” sambil minum dan makan di Kota Kemuning dan Klang.

.

Oh, ya! Hak cipta fakyen itu dipegang oleh saya sendiri, tidak “diambil” mana-mana penerbit dengan penuh licik.