13 Mar 2011

Fareeda Abdullah

Sekiranya anda dihubungi melalui mesej di Facebook oleh seorang individu bernama Fareeda Abdullah, sila berwaspada!
.

Dia akan memperkenalkan dirinya sebagai kacukan berdarah Malaysia di mana arwah bapanya orang Sabah dan ibunya orang British. Dia juga kononnya tidak tahu “bahasa Melayu”.

.

Sekiranya anda membalas mesej yang dikirimnya, maka dia akan membalas beserta sekeping foto dirinya serta mengatakan dia berhasrat datang ke Malaysia untuk “melabur di tanah kelahiran bapa”; lalu meminta kerja sama anda.

.

Lihat betapa teruk Bahasa Inggeris seorang yang lahir dan tinggal 26 tahun di Britain! Pada saat itu, anda sepatutnya sudah sedar bahawa mesej itu adalah SPAM. Maka, berwaspada!

.

Sila klik pada foto yang disertakan di atas untuk membaca perbualan penuh antara saya dan individu berkenaan. (Foto "Fareeda" tidak saya paparkan sepenuhnya di sini.)
..
Catatan: Selepas maklumat ini dipaparkan di Facebook, beberapa rakan memberi maklum balas. Siva Perianan mengatakan individu menggunakan nama Zaina Abdul Karim turut menghantar mesej hampir sama kepadanya. Vijay Saravanen Vasudevan menyebut nama Fareeda Tunfaisal. Manakala Nahur Kamel Omar dan Devaraj P Thangaraju turut mengakui menerima mesej hampir sama. Sila baca juga komen-komen di bawah.