Pertemuan itu saya namakan Sarapan di Taiping tetapi nampaknya akan menjadi Makan Tengah Hari di Taiping. Tidak menjadi masalah kerana apa yang penting adalah pertemuan sekumpulan bekas pelajar dan bekas guru.
Promosi dan makluman dibuat menggunakan Facebook, SMS dan siaran berita ringkas beberapa kali di akhbar Sinar Harian. Bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali”, kami memutuskan untuk mensyaratkan bahawa sesiapa yang berminat untuk hadir wajib membuat bayaran lebih awal.
Jawatankuasa Penyelaras (tidak rasmi) terdiri daripada saya sendiri, Ghanthimathi sebagai Setiausaha, Arokiasamy dan Azura Kasim. Kami banyak berbincang melalui Facebook dan SMS. Kerjasama dan kesudian mereka terlibat sama dalam menjayakan majlis ini amat bermakna, walaupun “tidak didendangkan” (unsung).
Ghanthimathi paling banyak memberi sumbangan dengan cara menghubungi beberapa hotel di Taiping untuk mendapatkan sebut harga. Dia juga menguruskan cenderamata bagi tetamu khas yang terdiri daripada bekas guru.
Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua orang dapat hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan. Namun, Jawatankuasa Penganjur memutuskan untuk menerima sesiapa yang dapat hadir serta membuat bayaran awal seperti ditetapkan. Ghanthimathi juga bertindak sebagai Bendahari!
Saya menghubungi bekas pengetua SMDR, Encik K Balasubramaniam, serta tiga bekas guru SMDR iaitu Puan Hadebah Duseh, Cik M S Pragassam dan Encik R Sevanesen. Secara kebetulan, mereka bertiga adalah bekas Guru Penasihat bagi Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Tamil. Saya juga sempat menghubungi pengetua SMKDR sekarang, Encik Rusli Muhamad Zain dan mengundang beliau hadir sama.
Pada 9 Oktober 2010, saya bertemu Ghanthimathi di The Curve, Mutiara Damansara untuk membuat perancangan majlis pertemuan. Kami membuat beberapa keputusan berhubung jumlah bayaran, jumlah peserta dan seumpamanya yang perlu diambil kira memandangkan tempahan makanan dan tempat perlu dilakukan sebelum 25 Oktober 2010.
Pada 12 Oktober 2010, Thillaikamalan memberikan cadangan supaya mana-mana bekas pelajar SMDR yang tidak dapat hadir masih boleh memberi sumbangan untuk menampung kos makanan dan cenderamata. Antara individu yang tampil memberi sumbangan ikhlas ialah Alina Isa, Amy Meenambigai, Zarith Sophina Abu Bakar dan Thillaikamalan. Tentu sahaja sumbangan mereka amat dihargai.
Selain daripada catatan DI SINI, beberapa foto berkaitan juga boleh dilihat DI SINI dan DI SINI.
Kumpulan Media Karangkraf menyumbangkan majalah sebagai cenderamata yang akan dijadikan goodies bag kepada 22 individu yang hadir serta individu yang memberi sumbangan ikhlas. Kesemua mereka akan turut menerima edisi kulit tebal buku Rudra Avatara (2008) dan buku Siru Kambam (1997) yang kini sudah tiada dalam pasaran. Arokiasamy pula menguruskan pelekat kereta dengan logo SMDR. Bekas pelajar yang hadir juga akan diberi Sijil Kehadiran yang ditandatangani Encik Rusli, Encik Bala, Puan Hadebah, Encik Sevanesen dan Cik Pragassam.
Senarai bekas pelajar SMDR yang mengesahkan kehadiran dan membuat bayaran ialah Surendran, Sakthivel, Azura Kasim, Uthaya Sankar SB (dan Devishi Prabha Sankari), Arokiasamy, Sakarapani, Suresh, Ghanthimathi (dan Lam Swet Fan), Shamsul Azahar (dan isteri), Muralidaran, Navaneethan, Zul Fikar Ali, Loganathan dan Guna.
Maka, jumlah keseluruhan hadirin pada 7 November 2010 – dengan izin Tuhan – adalah 22 orang. Memanglah jumlah ini tidak ramai tetapi sudah mencukupi. Mungkin sambutan lebih baik apabila pertemuan susulan diadakan nanti, sama ada di Taiping atau di Lembah Klang.
Masing-masing individu yang akan hadir pada 7 November 2010 sudah dimaklumkan perkara-perkara berkaitan pertemuan ini. Tentu sahaja ini adalah budaya Kumpulan Sasterawan Kavyan di mana perancangan teliti dibuat bagi memastikan tiada sesiapa yang “merosakkan” rancangan. Maklumat terkini juga sering dikirim melalui SMS bagi memastikan tiada yang terlupa.
Rangka atur cara bagi majlis pada 7 November 2010 adalah seperti berikut:
9:00 – 9:30 pagi
Tepat 9:30 pagi
Sekitar 10:30 pagi
11:15 pagi
Sekitar 12:00 tengah hari
Sekitar 1:30 petang
..