20 Oct 2010

Harry Potter 2D

Filem terbaru Harry Potter hanya akan ditayangkan dalam format dua dimensi (2D) pada November 2010 selepas studio Warner Brothers di Amerika Syarikat memutuskan untuk tidak meneruskan usaha memindahkan filem tersebut ke dalam versi tiga dimensi (3D).
.

Pada mulanya, syarikat pengeluar filem terbesar itu bercadang menukar filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 ke format 3D berikutan peningkatan jumlah filem yang dihasilkan menggunakan teknologi itu.

.

Studio Warner Brothers mengeluarkan kenyataan bahawa walaupun semua pihak bekerja keras untuk mengalih filem itu ke versi 3D tetapi mereka tidak dapat memenuhi standard kualiti yang tinggi.

.

“Penerbit tidak mahu mengecewakan peminat yang setia menantikan kemuncak pengembaraan Harry Potter yang akan ditayangkan di pawagam pada 19 November ini,” kata kenyataan itu.

.

Bahagian kedua filem itu pada Julai 2011 pula boleh ditonton dalam versi 2D dan 3D.

...

Skrip ini ditulis berdasarkan pelbagai sumber dan disiarkan di Halaman Global, akhbar Sinar Harian pada 16 Oktober 2010.