Thursday, 21 October 2010

Ada Apa Pada Otak & Minda Manusia?

Kewujudan manusia di muka Bumi memang amat istimewa dan penuh misteri, sama ada dilihat dari sudut agama, budaya, teknologi, sejarah mahu pun sains.
.

Kajian sains menunjukkan wujud persamaan hampir 98 peratus antara manusia dan cimpanzi, tetapi kajian pakar neurobiologi dan primatologi membuktikan otak manusia adalah jauh lebih kompleks dan istimewa berbanding mana-mana hidupan lain.

.

Robert Sapolsky dari Universiti Stanford, California menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Simposium Sains Otak di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat pada 13 Oktober 2010.

.

“Kuasa minda dan keistimewaan penuh misteri dalam otak manusia menjadikan kita sangat istimewa dan sekali gus tidak boleh disamakan dengan haiwan,” katanya.

.

Tidak dapat dinafikan bahawa secara saintifik, unit asas sel otak manusia tidak jauh berbeza dengan spesies haiwan lain.

.

“Namun, manusia memiliki kemampuan untuk memanfaatkan neuron dalam sel otak dan jaringan otak yang kompleks untuk menjana kemampuannya ke tahap kognitif yang lebih tinggi dan menyeluruh. Sama ada mahu diperakui atau tidak, dari segi fisiologi, manusia dan primat mempunyai banyak persamaan tetapi cara kita menggunakan anugerah otak membezakan kita dengan primat lain,” kata Sapolsky.

.

Kajian sains menunjukkan bahawa binatang juga mempunyai corak pemikiran yang hampir sama dalam soal budaya, cubaan untuk menguasai dan emosi, tetapi minda manusia lebih terkedepan.

.

“Sekadar contoh, sewaktu menonton filem Avatar, rata-rata penonton berasa simpati dan empati terhadap watak makhluk asing yang ditampilkan,” katanya.

..

Fakta Mengenai Otak – KLIK DI SINI

Misteri Minda Manusia – KLIK DI SINI
Penyakit Mental – KLIK DI SINI
...

Skrip ini ditulis berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber dan disiarkan di Halaman Sains Global akhbar Sinar Harian pada 17 Oktober 2010.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!