4 Jun 2010

Thirukkural

Thirukkural yang dikarang oleh Thiruvalluvar dalam Bahasa Tamil lebih 2500 tahun dahulu terbahagi kepada tiga bahagian.
.
Bahagian pertama adalah Aram (Kebenaran) yang membicarakan dalam 38 bab tentang kebajikan, pentadbiran negara dan cara mencapai moksha (bersatu dengan Tuhan).
.
Bahagian kedua adalah Porul (Kebendaan) yang menghuraikan tentang soal wang dan harta dalam 70 bab.
.
Bahagian ketiga adalah Inbam (Nikmat Cinta) yang membicarakan tentang soal nikmat cinta dan kehidupan suami-isteri dalam 25 bab.
.

Secara keseluruhan, terdapat 1330 kural iaitu puisi dua baris di mana baris pertama mempunyai empat perkataan dan baris kedua mempunyai tiga perkataan. Thirukkural disusun secara penuh sistematik oleh Thiruvalluvar kerana terdapat sepuluh kural bagi setiap bab.
.
Teks ini juga adalah teks moral dan bukan teks suci berciri keagamaan. Maka, Thirukkural mudah diterima masyarakat dunia kerana kandungannya sesuai bagi seluruh umat manusia tanpa mengira batas geografi, budaya dan agama. - Baca: [Kural 12] - [Kural 27] - [Kural 86] - [Kural 127] - [Kural 309] - [Kural 411] - [Kural 475] - [Kural 490] - [Mengenali Thirukkural
..
Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.