8 Feb 2010

Ingin

Situasi 1
.

Pemanggil: Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada kakak saya di Seremban, abang saya di Kota Kinabalu, kawan saya di Terengganu, kekasih saya di Arau dan adik saya di Senai.

.

Pengacara Radio: Ya, silakan.

.

Pemanggil: Eh?

.
.

Situasi 2

.

Guru: Cikgu ingin meminta kamu semua supaya jangan bising.

.

Ketua Kelas: Ya, silakan, cikgu.

.

Guru: Eh?

.

.

Situasi 3

.

Penceramah: Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan bahawa buku terbaru saya akan berada dalam pasaran minggu depan.

.

Moderator: Ya, silakan, tuan.

.

Penceramah: Eh?

.

.

Situasi 4

.

Ahli Politik: Saya ingin memberi jaminan kepada anda semua bahawa kami akan membela nasib rakyat.

.

Rakyat: Ya, silakan, YB.

.
Ahli Politik: Eh?