tanda baca sangat penting jika anda tidak tahu menggunakannya tentu pembaca malah anda sendiri sukar memahami apa yang anda cuba ceritakan uthaya sankar sb menasihati rakan rakan di facebook bagaimana kalau kita tidak tahu tanya seorang rakan tidak tahu uthaya membalas belajar
Saiee Driss menyifatkan apa yang saya lakukan sebagai “suatu usaha yang baik”.
Individu yang memberikan kerjasama dengan cara tidak serik mencuba ialah Mohd Tarmizi Bin Hasran, Ilhami Hisham, Shamsinor Zaman, Amin Ahmad, Sinaganaga Lan Hussain dan Hafizi Radzi.
Jawapan yang saya kemukakan akhirnya adalah seperti berikut;
“Tanda baca sangat penting. Jika anda tidak tahu menggunakannya, tentu pembaca - malah anda sendiri - sukar memahami apa yang anda cuba ceritakan,” Uthaya Sankar SB menasihati rakan-rakan di Facebook.
“Bagaimana kalau kita tidak tahu?” Tanya seorang rakan.
“Tidak tahu?” Uthaya membalas. “Belajar!”

Buku bagi Hafizi Radzi sudah dikirim melalui pos pada petang 11 Januari 2010.
ReplyDeleteBuku bagi Sinaganaga diserahkan apabila bertemu beliau dan Gopa pada pagi 13 Januari 2010. Sinaganaga pula memberikan saya senaskhah "Salun Eksotikata" (2009). Terima kasih!
ReplyDeleteBuku bagi Ilhami Hisham diserahkan apabila bertemu beliau sekitar pukul 10:30 malam, 13 Januari 2010 di Shah Alam. Banyak perkara semasa yang dibualkan!
ReplyDeleteBuku bagi Mohd Tarmizi Bin Hasran, Shamsinor Zaman dan Amin Ahmad dikirim melalui pos pada pagi Isnin, 18 Januari 2010.
ReplyDelete