19 Oct 2009

Pertemuan dengan Timbalan Menteri

Pada 9 Oktober 2009, surat telah dikirim melalui faks dan melalui e-mel ke pejabat Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengatur pertemuan berikutan kenyataan Menteri berkenaan bahawa “kementerian juga menggalakkan Penulis Bukan Melayu untuk menulis buku Bahasa Malaysia supaya perkembangan bahasa kebangsaan di khalayak Bukan Melayu akan lebih semarak lagi.”

Pada pukul 3:55 petang, 19 Oktober, semasa berada di Bilik 212, Residence Inn Cherating, saya menerima panggilan telefon dari pejabat Timbalan Menteri untuk mengatur pertemuan pada Rabu, 21 Oktober.

Saya menyatakan bahawa saya hanya akan pulang dari Cherating pada petang Rabu.

Maka, pertemuan ditetapkan pada Khamis, 22 Oktober, pukul 2:30 petang di pejabat Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pasti sahaja pertemuan ini suatu peluang untuk membuktikan bahawa Sasterawan Kavyan memainkan peranan besar dalam perkembangan sastera kebangsaan; serta menjayakan “Satu Malaysia” (perpaduan) dan “Bangsa Malaysia” (integrasi).