Seperti yang telah dijanjikan, pada awal pagi 19 Oktober 2009, Rajan menghantar saya ke Lapangan Terbang KL (KLIA) dalam perjalanan membawa ibu, bapa dan adiknya ke Johor.
Penerbangan MH1268 yang sepatutnya berlepas pada pukul 9:10 pagi hanya berlepas pada 9:26 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada pukul 9:55 pagi dengan suhu dilaporkan 28 darjah Celcius.
Saya, Puan Norhayati dan Shafri dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) – bersarapan di lapangan terbang sebelum menaiki teksi bernombor CBK5223 pada pukul 9:45 pagi.
Kami tiba di Residence Inn Cherating pada pukul 10:30 pagi. Amat mengecewakan apabila diberitahu oleh petugas di kaunter pendaftaran bahawa WiFi di sini amat lemah; tetapi kami boleh membeli kad Streamyx berharga RM28.00.
Cis! Mungkin(kah) ada “konsipirasi” antara pihak pengurusan hotel dan pihak Streamyx(?).
Setelah melepak sebentar, saya mendaftar masuk ke Bilik 212. Apabila memasang komputer riba, saya terkejut kerana WiFi amat baik!
Maka, pasti sahaja terus memblog, mengemas maklumat di Facebook dan memuatkan foto di Facebook.