
Demikian mesej yang terpapar sewaktu saya membuka e-mel pada pagi 13 Julai 2009.
Saya tidak mahu emosional dalam perkara ini; sebaliknya melihat sisi-sisi yang positif.
Misalnya, rakyat Malaysia – khususnya pencinta Bahasa Malaysia – tetap boleh mengirim e-mel menggunakan Bahasa Malaysia.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga perlu tahu Bahasa Inggeris untuk menggunakan Yahoo! Malaysia Mail.
Ingat: Dalam pada memperjuangkan Bahasa Malaysia, jangan pula kita menolak bahasa-bahasa lain; sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Kalau susah sangat, sertai Kelas Bahasa Inggeris yang khabarnya akan dikendalikan oleh Gapena.