
Saya mendapat maklumat mengenai “4th Short Film Party” pada 8 April 2009; sewaktu sedang menunggu pengumuman senarai “Kabinet Satu Malaysia” oleh Perdana Menteri.
“4th Short Film Party” akan berlangsung pada 11 April 2009 (Sabtu), pukul 7:30 malam di Lot 521, Jalan Khalsa, off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Selain daripada filem komedi “Machai” (Shanjhey Kumar Perumal), turut dijadualkan untuk tayangan adalah “Obstacles” (Sathiya Varman; komedi), “Chellam” (Denes Kumar; drama), “13:17” (Sasitharan Rajoo, thriller) dan “War of Roses” (M.S. Prem Nath; drama).
Saya berharap akan dapat hadir sama – bukan sahaja untuk menonton filem-filem berkenaan – tetapi juga untuk bertemu rakan-rakan Shanjhey yang tentu sahaja “sekepala” dengannya.
Saya juga berharap – jika masa mengizinkan – Shanjhey akan menayangkan filem pendek “Thaipoosam” yang berbicara sepenuhnya melalui visual.
Maklumat lanjut mengenai “4th Short Film Party” boleh diperoleh dengan menghubungi talian 012-6088743 atau 012-2345183.