Utusan Malaysia, 15 Oktober 2007
SAYA amat bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Edwin Michael (Forum, 12 Oktober 2007) bahawa tidak adil untuk mengaitkan kaum bukan Melayu dengan dialek yang amat memalukan.
Tindakan seumpama itu merupakan suatu bentuk diskriminasi dan penghinaan yang amat besar.
Sebagai seorang penulis dan individu yang menguasai Bahasa Malaysia sejak usia muda, saya sering ditanya bagaimana saya boleh menguasai Bahasa Malaysia.
Pertanyaan seperti itu juga merupakan suatu penghinaan serta semacam memperlekeh kemampuan kaum bukan Melayu menguasai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
Adalah amat menghairankan kerana kalau kaum bukan Melayu menguasai Bahasa Malaysia, kaum Melayu terasa amat hairan. Anehnya, jika ada individu bukan Melayu yang kurang menguasai Bahasa Malaysia, keadaan itu juga dipersoalkan.
Akhirnya, kaum bukan Melayu bagaikan dianaktirikan di tanah air sendiri. Walaupun lahir di Malaysia dan membesar di sini, serta akan menghembuskan nafas terakhir di sini, kaum bukan Melayu masih dianggap sebagai ‘pendatang’ dalam soal penguasaan Bahasa Malaysia.
Keadaan lebih buruk apabila watak kaum bukan Melayu diperlekehkan dalam drama dan filem. Saya tidak tahu mengapa ada pelakon bukan Melayu yang sanggup menerima tawaran untuk melakonkan watak yang hanya menghina diri dan seluruh kaum yang diwakili.
Segala perkembangan berbentuk diskriminasi ini amatlah menghairankan. Lagi pula jarang ditonjolkan kaum bukan Melayu yang fasih Bahasa Malaysia; malah selalunya lebih fasih dan menguasai Bahasa Malaysia lebih baik berbanding kaum Melayu.
Dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan, misalnya, terdapat ramai penulis kaum India dan peminat sastera Bahasa Malaysia yang fasih serta menguasai Bahasa Malaysia. Kelompok seperti inilah yang sepatutnya ditonjolkan; bukannya kes terpencil yang tidak menguasai bahasa kebangsaan dan tidak menggambarkan suasana sebenar.