18 Jun 2015

Kisah Kelahiran #MacaiMacamSatees

P. Ramasamy (DAP) mengeluarkan kenyataan #BangangMacamMenteri di Twitter, kononnya “sarong = Islamic dress code” – LIHAT DI SINI

Selepas saya bertanya benarkah dia menyekat (block) sesiapa yang mengkritik kenyataannya, Ramasamy menyahaktifkan (deactivate) akaun Twitter – LIHAT DI SINI

Selepas itu, Satees Muniandy (DAP) mula menyerang saya di Facebook kerana mengkritik Ramasamy – LIHAT DI SINI

Satees menyebarkan suatu foto palsu yang memfitnah saya – LIHAT DI SINI

Saya mengeluarkan kenyataan media – LIHAT DI SINI

Satees cuba memutar-belit kandungan makalah-makalah saya – LIHAT DI SINI

Saya mengirim mesej kepada beberapa pemimpin tertinggi DAP – LIHAT DI SINI – tetapi ada khabar angin mengatakan tiada sesiapa yang berani menegur mana-mana macai Ramasamy – LIHAT DI SINI

Satees berjanji akan membuat laporan polis dan menghantar legal notice kepada saya – LIHAT DI SINI

Rakan-rakan pelbagai kaum turut membidas kenyataan Satees yang bertindak seperti macai, bangang, anjing serta puak otak di lutut, mulut di dubur – LIHAT DI SINI dan LIHAT DI SINI dan LIHAT DI SINI

Saya mendapatkan nasihat guaman daripada beberapa peguam, seperti Datuk Ambiga dan Shanker Sundaram – LIHAT DI SINI

Satees tiba-tiba berhenti menyerang saya di FacebookLIHAT DI SINI

Selepas itu, segerombolan macai (cybertroopers) yang menggunakan akaun palsu mula seolah-olah “mengambil alih” tugas Satees untuk menyerang dan memfitnah saya di Facebook.

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa nada mereka hampir sama dengan nada serangan dan fitnah yang disebarkan oleh Satees.

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa rata-rata macai-macai yang menyalak dan menyerang saya merupakan “sahabat” Satees di Facebook. (Tidak mustahil kerja unfriend dilakukan segera selepas pendedahan ini dilakukan.)

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa kesemua akaun macai-macai ini aktif semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (2013) tetapi senyap selepas itu. Kesemuanya kembali aktif secara tiba-tiba selepas Satees sudah tidak mampu mempertahankan dirinya.

Kelompok macai yang bangang, bodoh serta otak di lutut dan mulut di dubur menuduh saya sebagai majority pleaser (penyokong Melayu), penyokong Umno, penyebar Islam, anti-India, anti-Hindu, anti-Cina, anti-Kristian dan sebagainya yang memang kelakar. – LIHAT DI SINI

Puak macai yang kelihatan seolah-olah senada dengan Satees telah mencipta dan menyebarkan berita-berita palsu, kerana tidak ada apa-apa fakta untuk dijadikan senjata. – LIHAT DI SINI

Berita-berita palsu yang disebarkan itu terbukti berunsur fitnah dan bertujuan mencemarkan nama saya – LIHAT DI SINI

Puak macai itu juga entah mengapa berusaha gigih menggunakan reverse psychology untuk mempromosikan buku Pulau Pendatang (Mei 2015). Atau mungkin mereka terlalu bodoh untuk menyedari hakikat bahawa mereka hanya sedang membantu mempromosi buku itu! – LIHAT DI SINI

Realiti yang disajikan menerusi Pulau Pendatang menjadi kenyataan lebih awal berikutan kebangangan puak #Satees – LIHAT DI SINI

Ringkasnya, walaupun “Satees” pada asalnya nama seorang macai politik (Ahli Majlis DAP dan juga orang kuat Ramasamy), kini #Satees menjadi suatu istilah politik yang membawa makna “macai bangang yang otaknya di lutut, mulutnya di dubur”. – LIHAT DI SINI

Penemuan pada 18 April 2018. – LIHAT DI SINI

* Paparan ini merupakan bahan dokumentasi untuk rujukan anak-cucu.