16 Apr 2013

Zulkifli Noordin

Klip video melibatkan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia, Zulkifli Noordin menghina agama Hindu tersebar luas di ruang siber pada penghujung Mac 2013. [TONTON DI SINI]
 
Mantan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengaku membuat kenyataan itu “sepuluh tahun dahulu” kerana kononnya terpengaruh dengan “politik sempit, sifat jumud, ekstremis dan cauvinis” yang dimilikinya semasa bersama-sama PAS dan PKR. Agaknya pegangan agama lelaki itu begitu lemah sehingga dia “yang berpendidikan undang-undang di Eropah” boleh turut menjadi ultra kiasu sehebat Ridhuan Tee.
 
Selepas Zulkifli “menyusun sepuluh jari saya mohon maaf sekiranya saya mengguris hati mereka (penganut agama Hindu) kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu” (Free Malaysia Today, 3 April 2013), keluar pula satu lagi klip video mengenai tindakannya menuturkan ayat-ayat seperti “entah k** mana bawa kitab Hindu dia” dan “k** ni bawa kitab Hindu sumpah” pada 6 Mac 2013 (The Malaysian Insider, 5 April 2013). [TONTON DI SINI]
 
Demikian petikan tulisan saya dalam makalah bertajuk “Perlunya Dialog Antara Agama” (Projek Dialog, 10 April 2013). Pada 16 April 2013, Zulkifli yang dianggap “Rakan Barisan Nasional” diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi bertanding kerusi Parliman Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei 2013. [SATU LAGI VIDEO] Sila KLIK DI SINI untuk senarai lengkap calon-calon BN Selangor. Baca kenyataan media saya pada 17 April 2013: Tolak Zulkifli Noordin.