26 Sept 2012

Panchayat – Reaksi 9

Saya berpendapat, orang mungkin akan terkeliru dengan panggilan “akka” dan “anni” yang digunakan dalam novel Panchayat: Edisi Khas tetapi bagi pembaca yang mengetahui maknanya tiada masalah. Ada beberapa bahagian yang menyentuh hati saya, misalnya apabila Ramani melihat berhala Kaali Devi seperti sedang memberi restu kepadanya dan apabila tunang Raja mengenakan pakaian serba putih. Saya berpendapat, novel ini wajar difilemkan. Pengakhiran novel agak menghampakan kerana cerita tergantung dan pembaca tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi ia membuatkan saya menunggu sekiranya ada sambungan cerita. Manalah tahu kalau-kalau Panchayat II bakal muncul! – Muthannah Marawan, Kota Kinabalu, 24 September 2012 menerusi Facebook.