8 Dec 2010

Jualan Buku Hujung Tahun

Saya masih ada sedikit stok buku Rudra Avatara (2008) dan Kathakali (2009) yang ingin saya jual pada harga murah kepada sesiapa yang berminat.
.

Untuk pembelian melalui pos, harganya RM12.00 senaskhah (termasuk kos penghantaran melalui pos biasa) manakala RM10.00 senaskhah jika membeli secara bersemuka secara bayaran tunai sahaja.

.

Mungkin juga kedua-dua buku ini sesuai dijadikan cenderamata kepada rakan-rakan, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara dan kenalan sempena penghujung tahun 2010 atau permulaan 2011.

.

Sesuai juga diberikan sebagai hadiah kepada golongan remaja yang masih bersekolah. Sekurang-kurangnya sebagai memberi “kelegaan” kepada mereka yang terpaksa membaca pelbagai teks Komsas yang membosankan dan menghafaz buku teks Bahasa Malaysia berorientasikan peperiksaan.

.

Tidak mustahil, ada yang mahu mendapatkan Kathakali dan/atau Rudra Avatara sebagai “ubat” jika sukar mengantuk pada waktu malam! Atau sebagai “bom” dan “racun” untuk diberi kepada individu yang tidak disukai. Belum cuba, belum tahu.

.

Apa pun tujuannya, sesiapa yang berminat membeli Rudra Avatara dan/atau Kathakali bolehlah menghubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my sebelum 31 Disember 2010.

..

Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah untuk Malaysia sahaja; termasuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. (Kenyataan sinis disengajakan.)